Resepi Daging Goreng Halia
Daging Goreng Halia. Meh aku share resepi.. yg nak try silakan try.. yg takmo try silakan tgk aje.. hehehe.. Aku ajar step by step la ye.. ecehhh.. Memula.. korang pi Giant dulu utk beli watak utama menu ni iaitu daging.. gi lah giant yg berdekatan.. taknak gi giant pun takpe, pi la beli daging kat mana korang suka.. hehe..
Resepi Daging Goreng Halia
Bahan-bahan
350 gram daging boneless (dihiris nipis dan direbus) / kalau nak guna daging biasa pun boleh
1/2 halia saiz sederhana
1/4 bwng besar
2 biji bawang putih
2 biji cili hijau (piman) dihiris panjang
2 sudu sos tiram
sedikit garam
sedikit hirisan bawang besar
Cara menyediakan Daging Goreng Halia:
- Mula-mala kisar halia, bwng besar dan bwg putih hingga hancur.
- kemudian tumis hingga naik bau, masukkan sos tiram dan dagin yang telah direbus tadi.
- Jika terlalu kering masukkan sedikit air, setelah kuah agak pekat baru masukkan cili hijau (piman) serta hirisan bawang besar, sesuaikan rasa dan angkat.
- Disarankan jangan biarkan cili hijau dan bawang besar terlalu lama, agak-agak dah layu terus tutup api.
- Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba Resepi Daging Goreng Halia
Tiada ulasan