• Resepi Bubur Lambuk Kampung Baru Sedap dan Mudah

    Resepi Bubur Lambuk Kampung Baru Sedap dan Mudah - Ramadhan dah tiba. suami request saya untuk membuatkan masakan yang mudah untuk juadah berbuka nanti. akhirnya saya cuba membuat bubur lambuk. resepi bubur lambuk yang akan saya kongsikan ini amat sedap dan mudah je.

    bubur lambuk sangat sesuai dimakan bila badan lemah dan sakit.  sebab orang sakit biasanya mesti cari bubur kan? resepi bubur lambuk ini saya dapat dari mak saya. keluarga saya memang penggemar bubur dan di bulan ramadhan ini bila saya malas masak saya hanya akan menyediakan bubur untuk juadah berbuka puasa.


    Resepi Bubur Lambuk

    Resepi Bubur Lambuk Kampung Baru Sedap dan Mudah


    anda penggemar bubur seperti saya tapi tak tahu nak masak? anda bernasib baik sebab hari ini saya ingin berkongsi cara masak bubur lambuk. sebelum ni saya sudah pernah share resepi bubur jagung. ok jom kita layan resepi sedap dibawah.

    Bahan-Bahan:


    • 3 ulas bawang merah - hiris
    • 3 beradik (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
    • santan 1/2 cawan
    • 200 gm daging - potong kecil
    • 2 genggam beras
    • 2 cm halia - hiris
    • sedikit udang kering - tumbuk halus
    • sedikit halba
    • segenggam lobak masin - hiris nipis
    • garam secukupnya
    • 1/2 sudu teh lada hitam
    • 2 ulas bawnag putih - hiris
    Cara Masak Bubur Lambuk Kampung Baru

    1. mula-mula tumis bawang putih bersama halia dan bawang merah hingga harum kemudian masukan 3 beradik, lada hitam dan halba. bila sudah agak garing masukan udang dan daging dan bila macam kerinjg sangat masukan sedikit air.

    2. kacau sekejap kemudian masukan lobak masin. masak hingga sebati dan bila sudah sebati boleh penuhkan air. saya letakan 1/2 periuk dulu masak macam nasi biasa.

    3. bila air sudah kering tambahkan air lagi dan masukan pula beras dan masak hingga masak.

    4. akhir sekali, bila bubur sudah masak masukan santan bersama sedikit garam dan biarkan sekejap lebih kurang 5 minit dan bolehlah tutup api.

    bagaimana mudah je kan? resepi bubur lambuk yang saya kongsikan dan jangan risau ketika masukan lobak masin sebab bila sudah masak lobak masin ini dianya tak masin. 


    Cara Buat Bubur Lambuk Sedap Resepi 2

    Bahan-bahan diperlukan membuat Bubur Lambuk:

    1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
    1 sudu besar minyak sapi
    2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak masak biasa tapi pakcik tu guna minyak kelapa kalau tak silap)
    1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
    daging (ikut suka la..kalau suka byk daging isi byk..kalau tak letak sikit just tuk perencah)
    segenggam udang kering
    2 helai daun pandan
    1 sudu kecil halba
    1 sudu kecil jintan kasar
    1 biji bawang besar - hiris
    3 biji bawang putih - hiris
    2 inci hali - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
    1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk)
    2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
    6 biji bawang merah - buat bawang goreng
    daun sup dan daun bawang
    garam secukup rasa
    air secukupnya


    Cara menyediakan dan memasak Bubur Lambuk:


    panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
    lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
    kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
    lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
    dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
    masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
    selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
    kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
    bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

    nota: saya kalau masak bubur ni suka campur sayur2 sendiri...contoh: cili hijau yg di belah dua, buah tomato yg dibelah 4, carrot dan kacang tanah.

    Cara Buat Bubur Lambuk Sedap Resepi 3


    Bahan-bahan diperlukan:
    1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
    1 sudu besar minyak sapi
    2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak masak biasa tapi pakcik tu guna minyak kelapa kalau tak silap)
    1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
    daging (ikut suka la..kalau suka byk daging isi byk..kalau tak letak sikit just tuk perencah)
    segenggam udang kering
    2 helai daun pandan
    1 sudu kecil halba
    1 sudu kecil jintan kasar
    1 biji bawang besar - hiris
    3 biji bawang putih - hiris
    2 inci hali - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
    1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk)
    2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
    6 biji bawang merah - buat bawang goreng
    daun sup dan daun bawang
    garam secukup rasa
    air secukupnya

    Cara menyediakan dan memasak:
    panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
    lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
    kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.
    lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih
    dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
    masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
    selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
    kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
    bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

    nota: saya kalau masak bubur ni suka campur sayur2 sendiri...contoh: cili hijau yg di belah dua, buah tomato yg dibelah 4, carrot dan kacang tanah.

    Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur

     JARANG rasanya kita dengar tentang bubur lambuk Pahang kerana biasanya kita lebih gemar makan bubur nasi biasa atau bubur lambuk yang biasanya boleh didapati ketika bulan Ramadhan. Apa istimewanya bubur lambuk Pahang ni? Kalau nak tahu, kena cuba sendiri resepi daripada Kuali ini. 

    Cara Buat Bubur Lambuk Pantai Timur

    Cara Buat Bubur Lambuk Pantai Timur

    Disini dikongsi Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur. Bubur Lambuk ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu ketika kita kurang sihat atau takde selera makan. Cubalah Resipi Masakan ini.

    Resepi Bubur Lambuk Pahang

    Bahan-bahannya:

    15 gram beras

    1 liter air

    90 gram ubi keledak (dipotong dadu)

    125 gram ikan selayang (dibersihkan, dibuang kepala)

    1 keping asam keping

    1 inci halia

    160 gram santan

    65 gram bawang merah (dikisar halus)

    10 gram pucuk paku

    1 helai daun kaduk dan daun kunyit

    1 tangkai daun selasih, daun kesum, daun laksa dan daun kemangi (basil)

    1 genggam pucuk manis

    Garam, lada hitam dan budu sebagai perasa


    Cara buat Bubur Lambuk Pahang;


    1. Asas bubur

    Masukkan beras bersama air dalam periuk dan didihkan menggunakan api besar. Apabila mendidih, perlahankan air dan biarkan ia masak.

    Tutup periuk dengan penutup dan biar ia mendidih selama 10 minit sebelum masukkan ubi keledek. Sentiasa kacau bubur sehingga ia menjadi pekat sebelum tutup api.


    2. Ikan

    Panaskan satu liter air dalam periuk dan masukkan asam keping dan halia. Tambahkan ikan selayang dan biarkan ia masak dengan api perlahan sehingga ikan masak. Alihkan ikah ke dalam bekas berasingan.

    Apabila ikan sudah sejuk, asingkan tulang dan isi ikan. tumbuk isi ikan sehingga lumat.


    3. Buru lambuk Pahang

    Satukan 500 ml air dan santan ke dalam asas bubur yang dibuat terlebih dahulu. Panaskan dengan api sederhana.

    Apabila mendidih tambahkan bawang merah kisah dan ikan yang ditumbuk lumat. Biarkan ia mendidih selama dua minit.

    Masukkan semua sayur-sayuran dan gaul rata. Tambahkan garam dan lada hitam sebagai perasa.

    Tutup api dan tambah budu dan gaul rata. Sesuai dihidangkan ketika bubur masih panas. - KUALI 


    Resepi Bubur Lambuk Kampung Baru Sedap dan Mudah

    3 ulasan:

    1. Maklumat yang sangat berguna.


      Saya seorang blogger baru, saya ingin memberikan maklumat pada waktu wabak seperti ini kita diharapkan dapat bekerja dari rumah.
      Berdasarkan pengalaman baru-baru ini, saya menggunakan aplikasi Zoom untuk terus berhubung dengan rakan, saudara, keluarga dan pensyarah.
      Anda boleh memuat download zoom free di laman web ini https://www.downloadzoomfree.com/

      BalasPadam
    2. maaf nk tnya , resepi ni sume untk berapa orang ya ?

      BalasPadam

    Post Top Ad