• Cara Buat Bubur Lambuk Pantai Timur

     JARANG rasanya kita dengar tentang bubur lambuk Pahang kerana biasanya kita lebih gemar makan bubur nasi biasa atau bubur lambuk yang biasanya boleh didapati ketika bulan Ramadhan. Apa istimewanya bubur lambuk Pahang ni? Kalau nak tahu, kena cuba sendiri resepi daripada Kuali ini. 

    Cara Buat Bubur Lambuk Pantai Timur

    Cara Buat Bubur Lambuk Pantai Timur

    Disini dikongsi Resepi Bubur Lambuk Pantai Timur. Bubur Lambuk ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu ketika kita kurang sihat atau takde selera makan. Cubalah Resipi Masakan ini.

    Resepi Bubur Lambuk Pahang

    Bahan-bahannya:

    15 gram beras

    1 liter air

    90 gram ubi keledak (dipotong dadu)

    125 gram ikan selayang (dibersihkan, dibuang kepala)

    1 keping asam keping

    1 inci halia

    160 gram santan

    65 gram bawang merah (dikisar halus)

    10 gram pucuk paku

    1 helai daun kaduk dan daun kunyit

    1 tangkai daun selasih, daun kesum, daun laksa dan daun kemangi (basil)

    1 genggam pucuk manis

    Garam, lada hitam dan budu sebagai perasa


    Cara buat Bubur Lambuk Pahang;


    1. Asas bubur

    Masukkan beras bersama air dalam periuk dan didihkan menggunakan api besar. Apabila mendidih, perlahankan air dan biarkan ia masak.

    Tutup periuk dengan penutup dan biar ia mendidih selama 10 minit sebelum masukkan ubi keledek. Sentiasa kacau bubur sehingga ia menjadi pekat sebelum tutup api.


    2. Ikan

    Panaskan satu liter air dalam periuk dan masukkan asam keping dan halia. Tambahkan ikan selayang dan biarkan ia masak dengan api perlahan sehingga ikan masak. Alihkan ikah ke dalam bekas berasingan.

    Apabila ikan sudah sejuk, asingkan tulang dan isi ikan. tumbuk isi ikan sehingga lumat.


    3. Buru lambuk Pahang

    Satukan 500 ml air dan santan ke dalam asas bubur yang dibuat terlebih dahulu. Panaskan dengan api sederhana.

    Apabila mendidih tambahkan bawang merah kisah dan ikan yang ditumbuk lumat. Biarkan ia mendidih selama dua minit.

    Masukkan semua sayur-sayuran dan gaul rata. Tambahkan garam dan lada hitam sebagai perasa.

    Tutup api dan tambah budu dan gaul rata. Sesuai dihidangkan ketika bubur masih panas. - KUALI 

    Cara Buat Bubur Lambuk Pantai Timur.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad