• Resepi Acar Timun Mentah Sedap

    Resepi Acar Timun Mentah Sedap. Hari ini saya ingin kongsikan resepi acar timun mentah, makanan ini sangat cepat disediakan dan rasanya pula sedap dan tak manjemukan. acar timun mentah paling sesuai bila dimakan bersama nasi tomato, nasi perisa, atau nasi minyak.

    acar timun mentah ini adalah antara sayur yang biasa disediakan dalam majlis kenduri dan dalam majlis aqiqah. acar ini cukup berminyak sebab kandungan cuka yang tinggi. memang menyediakan acar timun ini mudah sekali tapi harus ada keseimbangan rasa masam manisnya.

    Resepi Acar Timun Mentah

    Resepi Acar Timun Mentah


    untuk menyediakan acar timun ini memerlukan waktu lebih kurang 10 minit sahaja dan resepi yang saya buat ini untuk hidangan 7 orang. jom langsung sahaja kita layan resepi sedap dibawah.

    Bahan-Bahan Resepi Acar Timun

    • 8 sudu besar cuka
    • 2 biji bawang besar
    • 4 sudu besar gula
    • 2 biji cili merah
    • garam secukupnya
    • 1/2 biji nenas
    • 3 biji timun

    Cara Penyediaan Acar Timun Mentah
    1. mula-mula bersihkan nenas dari kulitnya kemudian hiris nipis. bersihkan timun dan buang bahagian kulit. selepas tu cakar bahagian luar timun menggunakan garfu dalam garis memanjang. kemudian hiris nipis.

    2. hiris nipis cili merah dan bawang merah.

    3. akhir sekali, gaulkan semua bahan tadi bersama gula, cuka, dan garam secukupnya hingga sekata dan acar timun mentah spesial siap utnuk di hidangkan.

    ketika membuat acar timun jangan tambahkan air sebab timun dan buah nenas akan keluar air selepas dibancuh bersama bahan-bahan tadi. dan sampai jumpa diresepi sedap seterusnya.

    Resepi Acar Timun Mentah Sedap

    Tiada ulasan

    Post Top Ad