• Di Gelar Bakhil Kerana Majlis Perkahwinan Terlalu Ringkas.. Dan Apa Yang Berlaku..

    Di Gelar Bakhil Kerana Majlis Perkahwinan Terlalu Ringkas.. Dan Apa Yang Berlaku..

    “Ukur baju di badan sendiri!” Itu mungkin perumpamaan paling tepat buat pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga. Buatlah mengikut kemampuan, jangan kerana mahu disanjung orang ramai, kita menderita di kemudian hari.
    Nah, baca kisah perkongsian Saiful Nang ini. Biar orang gelar kita ‘haji bakhil’ dan sebagainya asalkan kita tahu apa yang kita mahukan dari sebuah perkahwinan.

    Dah kaya tapi bakhil

    a
    Semasa saya berkahwin dengan isteri saya, ketika itu perniagaan dan berkembang sampai 7 digit income pun dari 2 digit capital 3 tahun sebelumnya. Jika nak dibuat wedding yang grand memang mampu dengan @putraaziz_cosry buat baju pengantin tetapi kami setakat sewa baju pengantin pakej dgn mak andam sekali dia buat hantaran dan pelamin. No specialist needed. Ada orang critic saya ketika itu katanya “dah kaya tapi bakhil”. Saya dan isteri senyum sahaja kerana kami berdua sefaham dalam mengatakan perkahwinan seharusnya ringkas dan tidak membazir. Dari bayar wedding planner sampai RM300,000 kenapa tidak belanjakan wang itu untuk masa selepas perkahwinan. Bersederhanalah walaupun kita mampu.

    3 dari 10 perkahwinan gagal

    b
    Yang mampu nak buat besar-besaran silakan kita tak cakap itu tak betul dan kami lebih betul. Dulu saya pun jurugambar untuk orang yang mahu belanja besar. Sebab itu saya sendiri jadi saksi 3 dari 10 perkahwinan gagal dalam 5 tahun pertama dan wedding mereka boleh tahan grand juga siap buat video pra perkahwinan lagi dan masa tonton siap sebak nak menangis bersyukur ditemukan dengan jodoh yang “betul”. Soal cerai pula sebahagian besar kerana ekonomi keluarga. Sebahagian besar dari itu pula disebabkan hutang perkahwinan.
    Semakin kita memudahkan perkahwinan, semakin kita mempersulitkan zina. Semakin kita persulitkan perkahwinan, semakin kita mendekati zina.

    Bukan nak tunjuk siapa lagi grand

    Screen Shot 2016-03-08 at 12.40.36 PM
    Perkahwinan kami biasa-biasa sahaja. Pak mertua @ahamadsipon dan @hasiahkadir bila rombongan saya tanyakan tentang hantaran mereka cuma jawab “biarlah itu anak-anak yang bincangkan, kita terima sahaja”.

    Itu lebih baik dari buat hantaran tinggi-tinggi pakai check tak ada isi tapi nombornya besar atau jumlahnya nak tinggi last-last share suami isteri. Kita kahwin ni kerana kewajiban berkahwin bukan untuk tunjuk siapa lebih grand. Lagipun kami bukan artis pun nak buat kerja kahwin kena buat press conference dgn penaja dah beratur. Kami orang biasa-biasa sahaja dan bulan lepas kami genap 9 tahun hidup sebagai suami isteri.
    Tentang gambar ini di bangku itu, sebenarnya revisit dengan anak. Bangku itu tempat selepas 3 bulan berkenalan dengan isteri saya kemudian saya lamar terus untuk jadi isteri dan dia cakap YES, jimat masa.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad