• Permohonan BR1M 2022/ 2023 Dan Kemaskini Online

    Panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2022/ 2023 Secara Online. Hendak mohon BR1M 2017? Bilakah tarikh pendaftaran dan kemaskini BR1M 2017? Makluman kepada mereka yang layak, Borang permohonan BR1M 2017 untuk permohonan baru dan kemaskini BR1M untuk penerima sediada kini dibuka sehingga hujung tahun 2016. Menerusi pengumuman rasmi dari eBR1M, tarikh permohonan baru dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat secara online dalam talian atau secara manual bermula dari 5 Disember sehingga 31 Disember 2016.

    Tarikh Pendaftaran baru dan kemaskini BR1M 2017 adalah dari 5 Disember sehingga 31 Disember 2016. Semak status permohonan BR1M anda di BR1M 

    Cara Buat Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2022/ 2023

    Untuk makluman, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar tetapi perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank bagi membolehkan urusan pembayaran BR1M. Permohonan baru perlu mendaftar.

    1. Online

    Bagi permohonan baru atau kemaskini BR1M 2017 secara Online, ianya boleh di buat di Portal Rasmi eBR1M LHDN Malaysia di https://ebr1m.hasil.gov.my/

    2. Manual

    Permohonan baru dan pengemaskinian borang boleh juga dibuat secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2017 secara percuma di link download di bawah ini :-



    Permohonan BR1M 2022/ 2023 Dan Kemaskini Online


    Borang  BR1M  2017  yang  telah lengkap diisi boleh dihantar di kaunter-kaunter berikut:
    • i.Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
    • ii.Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP)
    • iii.Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK)
    • iv.Pejabat Daerah/ Pejabat Residen

    Penghantaran secara faks dan e-mel adalah tidak diterima. Dokumen yang perlu dikemukakan bersama Borang BR1M 2016 adalah seperti berikut:
    • i. Salinan pengenalan pasangan / tanggungan yang menggunakan jenis pengenalan Pasport atau Sijil Lahir
    • ii. Salinan sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda 

    SYARAT KELAYAKAN BR1M 2022

    Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon dan menerima BR1M :-
    1. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
    2. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
    3. Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
    4. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah
    5. Penerima e-Kasih perlu membuat permohonan BR1M 2017.
    Kemukakan Salinan:
    1. MyKad bagi pemohon
    2. MyKad / MyPR / MyKid / Sijil Lahir / Pasport bagi suami / isteri / tanggungan (jika berkenaan)
    3. Sijil perceraian / sijil kematian pasangan (jika ada) sekiranya pemohon berstatus Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
    Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia. Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2017.

    SKIM KHAIRAT KEMATIAN

    Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.
     

    Waris perlu membawa dokumen asal berikut:
    •  Sijil Kematian
    •  Kad Pengenalan Waris
    Untuk sebarang pertanyaan atau masalah boleh hubungi talian hotline BR1M 2017 di bawah ini atau layari FAQ Soalan Lazim BR1M 2017 di Soal Jawab.

    TALIAN HOTLINE LHDNM 1-800-88-2716 (BR1M)
    TALIAN HOTLINE KEMENTERIAN KEWANGAN 03-8882 4565 / 03-8882 4566

    BR1M 2015 Online

    SENARAI BANK YANG TERLIBAT BAGI PEMBAYARAN BR1M 2016 

    Untuk makluman, berikut adalah senarai bank yang terlibat dalam pembayaran BR1M 2017.

    BILNAMA BANK
    1AFFIN BANK
    2AGRO BANK
    3ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
    4AM BANK BERHAD
    5AL RAJHI BANK
    6BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
    7BANK RAKYAT
    8MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
    9BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
    10CIMB BANK BERHAD
    11CITIBANK BERHAD
    12HONG LEONG BANK
    13HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
    14MAYBANK
    15OCBC BANK
    16PUBLIC BANK BERHAD
    17RHB BANK BERHAD
    18STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
    19UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

    Semoga panduan Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2022/ 2023 Online ini bermanfaat buat semua. Maklumat akan dikemaskini dari masa kesemasa. Pemohon disarankan untuk merujuk kepada Laman Web eBR1M untuk mendapatakan maklumat yang terkini.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad