• Resepi Cucur Bawang Lembut dan Rangup

    Resepi Cucur Bawang Lembut dan Rangup. Hello selamat petang kawan-kawan jumpa lagi di blogopsi.com, petang ini apakah anda sudah ada rancangan untuk masak apa? jika tak ada boleh ikuti resepi yang akan saya kongsikan iaitu resepi cucur bawang lembut dan rangup.

    bila anda nak ingin cuba menu lain boleh baca entry resepi cucur udang rangup yang pernah saya share. cucur bawang rangup ni paling sedap dimakan panas-panas cicah dengan cili sos atau sambal tumis atau kuah kacang.

    Resepi Cucur Bawang

    Resepi Cucur Bawang 

    biasanya cekodok atau cucur anda boleh buat adunan cair atau pekat, kalau nak cucur yang lembut buat adunanya lembut. kalau suka pejal sikit bancuhan biar pekat sikit. untuk mendapatkan cucur yang lembut serbuk penaik dan telur ialah bahan yang memiliki peranan penting.

    cara nak goreng cucur bawang rangup ni adalah tuang seret kat tepi kuali dan dalam cucur ni, saya masukan dengan udang hidup bersaiz kecil. dan jika anda ingin mencuba resepi cucur udang rangup ni jom kita layan rsepinya dibawah.

    Bahan-Bahan Resepi Cucur Bawang,

    • 2 cawan tepung gandum
    • 1 camca besar tepung beras
    • 2 biji bawang besar saiz sederhana - hiris
    • 2 biji cili hijau - hiris
    • 1 biji cili merah - hiris
    • 1 pokok daun sup - hiris
    • 1 genggam udang hidup bersaiz kecil 
    • 3 cawan air
    • 1 biji telur - dipukul sedikit
    • 1/2 camca teh baking powder
    • garam secukupnya
    • sos cili atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur
    • minyak untuk goreng terendam

    Cara Penyediaan Resepi Cucur Bawang Lembut dan Rangup


    1. siapkan 1 bekas kemudian masukan udang, bawang, cili hijau, cili merah, daun sup, baking powder, garam secukup rasa dan kemudian gaul hingga rata. masukan telur dan gaul lagi. selepas tu masukan tepung beras dan tepung gandum dan kacau rata.

    2. tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis kemudian biarkan sekejap. panaskan minyak dalam kuali, kacau adunan tadi dan sudukan 1 camca besar penuh kemudian tuangkan di tepi kuali. 

    3. ulangi langkah tadi hingga kuali cukup untuk menggoreng beberapa cucur dan kaedahnya tetap sama tuangkan ditepi kuali. 

    4. perlahan-lahan jatuhkan cucur kedalam minyak panas dan goreng hingga masak atau berwarna keemasan kemudian angkat dan toskan. 

    5. akhir sekali, susun secara sendeng pada dulang yang dialas kitchen papaer towel. buat hingga siap dan hidangkan bersama soso cili atau sambal tumis.

    bagaiamana mudah je kan resepi cucur bawang ni dan sampai jumpa di resepi sedap berikutnya......

    Tiada ulasan

    Post Top Ad