• Cara Membuat Char Kuey Teow Paste

    Cara Membuat Char Kuey Teow Paste. Disini admin nak kongsikan cara yang mudah untuk membuat paste Char Kuey Teow. Semoga dengan ini boleh la pembaca membuat Char Kuey Teow di rumah je.

    Char Kuey Teow Paste

    Cara Membuat Char Kuey Teow Paste

    Bahan-bahan buat Char Kuey Teow Paste

    400 gm udang (pisahkan kulit udang dan isi udang. lebih skit udang pun takper.  rasa akan lebih  masis)
    500ml air
    8 ulas bawang putih di ketuk (disebabkan aku malas... aku  blender dgn air yang skit)
    12 sb sos tiram
    6 sk kicap pekat
    6 sb kicap manis
    2 sk petis
    4 sb pati ikan bilis / pati udang (aku gunakan pati ikan bilis jer sebab pati udang payah sangat nak jumpa)
    2 sk garam (sos tiram dah masin so agak-agaklah.  Tambah setengah sudu kecil lagi pun takper kalau nak)
    2 sk gula

    Cara buat Char Kuey Teow Paste

    1. Didihkan air dan masukkan isi udang. Bila isi udang hampir masak, angkat isi udang dan masukkan kulit udang biar ia terus mereneh dengan api perlahan. Tapis dan ambil air udang sahaja, kulit udang dibuang.
    2. Campurkan semua bahan utk paste  seperti diatas dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge. Cara Membuat Char Kuey Teow Paste.


    Resepi Penang Char Kuey Teow


    Bahan-Bahan :

    Bahan untuk Pes :

    200 gm udang (guna 12 ekor udang size L)
    250ml air (masukkan ½ cawan sahaja, sebab air rebusan dah banyak)
    4 ulas bawang putih di ketuk
    6 sudu besar sos tiram
    3 sudu kecil kicap pekat
    3 sudu besar kicap manis
    1 kiub pati ikan bilis

    *2 sudu kecil garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1 sudu kecil)
    *1 sudu kecil gula
    *** Garam dan gula secukup rasa.

    Bahan untuk Mee :

    300gm kuey teow ( untuk 3 pinggan, boleh guna yang halus tu)
    1 sudu besar cili boh
    Kerang
    Sedikit kucai & taugeh
    1 biji telur

    Cara Membuat Pes :

    1. Rebus udang dengan air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.

    2. Air rebusan jangan buang. Kupas udang. Asingkan isi dari kulit serta kepala.

    3. Ambil kulit dan kepala udang tu dan kisar bersama air rebusan tadi. Tapis dan ketepikan air pati udang ni.

    4. Campurkan semua bahan untuk paste dengan air pati udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.

    5. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dalam fridge.

    Cara Menggoreng Mee :

    1. Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dalam 4sb paste tadi (guna 2 senduk kecil).

    2. Masukkan udang yang telah direbus tadi dan kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.

    3. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.

    4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dalam 3-4 minit sahaja, pastikan api kuat semasa memasak.



    Tiada ulasan

    Post Top Ad