Resepi Badak Berendam Yang Sedap
Resepi Badak Berendam adalah salah resepi tradisional yang menjadi kesukaan ramai di Malaysia. Kuih ini akan menjadi popular bila tiba bulan ramadan yang mudah didapati di pasar-pasar ramadan seluruh malaysia. Disini admin nak berkongsi resepi badak berendam yang sedap.
Bahan-bahan Badak Berendam yang sedap:
2 cawan tepung pulut
1 cawan air tapisan pandan (8 helai daun pandan)
2 cawan kelapa parut 1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
2 helai daun pandan (disimpul)
Garam secukupnya
Cara Membuat Badak Berendam yang sedap:
1. Bancuh tepung pulut bersama air daun pandan sehingga menjadi doh yang lembut
2. Masak kelapa parut bersama gula merah, gual pasir, air dan daun pandan sehingga pekat bagi menjadikan inti
3. Bentukkan doh menjadi bulat dan isikan inti di dalamnya
4. Letakkan doh berinti di dalam loyang dan tuangkan santan pekat yang digaulkan dengan garam Kukuskan selama 30 minit ataupun sehingga masak
5. Sediakan hidangan
Selamat mencuba resepi badak berendam yang sedap ini.
Tiada ulasan