Tak Nak Guna Fungsi Paywave Pada Kad Debit? Sekat Saja Fungsinya Menggunakan ATM
Tak Nak Guna Fungsi Paywave Pada Kad Debit? Sekat Saja Fungsinya Menggunakan ATM | Kad Maybank lama saya adalah kad bank sahaja dan bukannya Kad Debit. Tetapi apabila saya menukarkannya kepada yang baru, kini saya diberi Kad Debit.
Saya maklumkan kepada pegawai bank bahawa saya tidak mahu kad debit kerana saya sudah mempunyai kad kredit. Namun, saya dimaklumkan bahawa semua kad ATM yang baru adalah jenis kad debit.
Lalu saya pun bertanya sekiranya terdapat apa-apa cara yang boleh saya lakukan untuk menyekat orang lain daripada menggunakan kad debit saya untuk membuat pembelian, sekiranya tercicir.
Tak Nak Guna Fungsi Paywave Pada Kad Debit? Sekat Saja Fungsinya Menggunakan ATM
Umum tahu bahawa kad debit yang baharu ini boleh digunakan membuat pembelian di bawah RM250 dengan hanya menyentuhkan kad pada terminal yang tersedia di kaunter jururawang.
Pegawai bank kemudian memaklumkan saya bagaimana cara untuk menyekat pembelian dengan melakukan beberapa langkah-langkah berikut:
(untuk pengguna Maybank sahaja)
Masukkan kad ATM dan masukkan password seperti biasa. Kemudian, pilih, Other Transactions dan sterusnya Change Limit. Seterusnya tekan Purchase Limit dan akhir sekali pilih No Purchase. Masukkan nombor kad pengenalan anda dan anda akan diminta untuk mengesahkan bahawa ada telah membuat pilihan untuk No Purchase.
Mudah saja bukan? Tak perlulah anda membazirkan kredit untuk menghubungi pihak bank bagi melakukan pindaan ini. Segalanya boleh dilakukan oleh anda sendiri di mesin ATM Maybank dengan mengikut langkah-langkah yang diberikan ini.
Jadi, anda tidak perlulah risau jika kad ATM anda jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab kerana mereka tidak akan dapat menggunakannya untuk membeli barang-barang di bawah harga RM250. - Terry Lazaroo | The Reporter
Tiada ulasan