Tergamak Bunuh Bayi Tak Berdosa
Tergamak Bunuh Bayi Tak Berdosa - "Allahhurabbi.. aku mati akal. Tak tahu nak komen apa. Bila si ibu cakap bayi masih bergerak-gerak (masih hidup), dengan selamba badak si penjual itu suruh tanam," demikian kata individu yang memuat naik gambar-gambar perbualan manusia yang tidak berhati perut itu.
Seorang wanita didapati menjual pil menggugurkan kandungan secara haram di aplikasi WeChat. Pil tersebut dijual berdasarkan usia kandungan, berserta dengan pil memulihkan rahim selepas menggugurkan kandungan.
Tergamak Bunuh Bayi Tak Berdosa
Turut dikongsikan bersama, gambar janin yang sudah cukup sifatnya digugurkan. Tanpa berfikir panjang, individu yang menjual pil tersebut terus mengarahkan pelanggannya itu menanam janin tersebut.
Lebih mengejutkan, ada yang melahirkan bayi kembar yang cukup sifatnya. Namun dek fikiran singkat dan mungkin takut dimarahi keluarga, individu berkenaan tergamak menggugurkan kandungannya yang tidak berdosa itu.
Selain itu, ada juga bayi yang masih hidup digugurkan, juga diarahkan oleh penjualnya untuk terus dibasuh dan ditanam.
Sungguh tergamak hati mereka yang tidak berperikemanusiaan ini membunuh bayi-bayi yang tidak berdosa.
Sementara itu, netizen mengecam tindakan individu-individu yang terlibat, termasuklah penjual pil tersebut. Malah, netizen mendesak nombor penjual terbabit didedahkan dan dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk diambil tindakan.
"Orang lain mengidam kembar, dia dapat kembar, boleh bunuh begitu saja. Adoi..!" kata Muhammad Putra Suid.
"Ya Allah, berderau aku tengok. Yang buat kerja ini memang belum ada suami ke? Semakin parah dah budak sekarang. Orang nak anak, tak dapat. Yang dia dapat, dibuang pula. Geramnya!" Kata Nurqasheh.
"Mana akal fikiran mereka ini? Nampaknya mereka sudah berjaya mengikut jejak langkah syaiton direjam ni. Semoga Allah beri azab yang setimpal. Satu hari Allah tak bagi zuriat langsung baru tahu," kata netizen.
Ini bukan kali pertama pil gugurkan kandungan dijual secara berleluasa di media sosial, pernah dilaporkan dan viral mengenai isu ini. Namun, tindakan dan kesedaran akan bahayanya pil tersebut masih rendah menyebabkan ramai anak-anak muda sanggup mengambil risiko asalkan mereka tidak dimarahi ibu bapa.
Ibu bapa sekali, awasi dan ambil tahu tentang perkembangan anak anda sama ada lelaki atau perempuan. Jangan sampai mereka mengandung atau terbuat anak perempuan orang lain mengandung sebelum kahwin. Masih belum terlambat untuk beri kesedaran. - The Reporter
Tiada ulasan