• Lagenda Buaya Putih Sungai Linggi Negeri Sembilan

    Lagenda Buaya Putih Sungai Linggi Negeri Sembilan

    Lagenda Buaya Putih Sungai Linggi Negeri Sembilan – Sebelum adanya jambatan di Sungai Linggi yang menghubungkan Tanjung Agas, Negeri Sembilan dan Kuala Linggi, Melaka, penduduk-penduduk sekitar terpaksa menggunakan bot/perahu untuk menyeberangi sungai ini. Tatkala menyusuri sungai ini, terpancar seribu kerisauan sekiranya bertemu dengan Sang Buaya yang menghuni disekitar sungai ini. Apabila jambatan Sungai Linggi siap dibina sekitar 1900an, masalah bagi mereka untuk merentasi sungai ini sudah dapat diatasi.
    sungai linggi

    LAGENDA BUAYA PUTIH SUNGAI LINGGI NEGERI SEMBILAN

    Walaupagaimanapun, buaya-buaya disini tidaklah mengancam atau mengganggu manusia sebaliknya ia akan segera beredar sekiranya mengetahui pergerakannya diperhatikan. Sungguhpun sedar ancaman serta bahayanya, ia tetap menjadi tumpuan buat kaki-kaki pancing terutamanya penggemar Udang Galah yang banyak terdapat di dalam sungai ini.
    sungai linggi
    Kewujudan buaya di Sungai Linggi disini sering dianggap mitos bagi kebanyakan orang yang tidak pernah merasai pengalaman memancing di sungai berkenaan. Tapi setelah menjumpainya, sudah pasti kecut perut. Bagi mereka yang tinggal disepanjang Sungai Linggi, sudah pasti mereka terdegar beberapa mitos kewujudan buaya yang menghuni di sungai ini. Antara kisah/cerita yang pernah disebutkan adalah mengenai ‘kembar buaya’.
    sungai linggi
    Seorang perempuan telah melahirkan anak kembar lelaki. Anak pertama yang dilahirkan adalah buaya dan adiknya manusia. Yang buaya telah dilepaskan ke sungaimanakala pasangannya dipelihara seperti orang biasa.
    Pada hari-hari tertentu jika di ibu atau si adik ingin berjumpa dengan buaya tersebut, mereka akan pergi ke beting pasir sambil membaca ayat tertentu sebelum menyeru nama si abang. Sejak itu, sungai ini mula dikunjungi kawanan buaya dan ia berkembang biak sehingga kini.
    sungai linggi
    Ada juga pendapat yang mengatakan buaya di sungai ini ada kaitan dengan jin/alam ghaib. Namun, kesahihan mengenai kaitan haiwan ini tidak dapat dipastikan. Orang-orang lama yang mengatakan semua buaya ini mempunyai gembala/ketuanya sendiri. Ada beberapa penduduk pernah melihat ‘Buaya Putih’ beberapa kali meranduk sungai ini dan ada juga yang mengatakan ‘Buaya Putih’ ini adalah pendamping makam Tok Putih. Tetapi sama ada buaya tersebut merupakan gembala buaya di sini atau tidak, itu tidak dapat dipastikan.
    sungai linggi

    LAGENDA BUAYA PUTIH SUNGAI LINGGI NEGERI SEMBILAN

    Bagi mereka yang merancang untuk memancing/menangkap udang galah disini, terdapat pantang larang yang mereka perlu patuhi khusunya orang luar. Antaranya pantang larang yang pernah didengar ialah tidak boleh membawa telur ayam rebus ke sungai ini, jangan sekali-kali membasuh kelambu di sungai, jika mahu turun menjala, jangan gunakan pancang umpan daripada pucuk nipah, jangan mencuci periuk belanga dan pinggan mangkuk di dalam sungai serta jangan pula menghempas kain basuhan ke batu sekiranya ingin membasuh kain/pakaiaan.

    BACA: SEJARAH MUZIUM DIRAJA ISTANA LAMA SERI MENANTI KUALA PILAH

    Walaupun tidak dapat diterangkan dengan jelas akibat melanggar pantang larang ini, tetapi menurut penduduk setempat dimaklumkan ia akan membawa kepada perkara yang tidak baik, bukan sahaja kepada yang melanggar pantang bahkan semua nelayan juga.
    sungai linggi

    LAGENDA BUAYA PUTIH SUNGAI LINGGI NEGERI SEMBILAN

    Sekarang, buaya-buaya di Sungai Linggi ini juga menjadi tarikan utama kepada pelancong. Jika berkesempatan, bolehlah datang ke sini menaiki bot untuk menyusuri Sungai Linggi dan Sungai Timun. Jika bernasib baik, anda akan dapat melihat buaya berjemur di atas beting pasir terutama pada waktu petang dan melihat matanya yang merah bersinar di dalam air pada sebelah malam.
    Menyusuri Sungai Linggi dan Sungai Timur memang suatu pengalaman yang indah, bukan sahaja anda berpeluang untuk melihat buaya disini malah dapat menikmati keindahan flora dan fauna disepanjang sungai ini. Selain daripada itu, sekiranya anda menyusuri sungai ini sebelah malam, anda berpeluang untuk melihat kelip-kelip yang menghiasi pokok Berembang yang terdapat di sungai ini. Pada masa yang sama, anda juga boleh melawat bekas tapak Kota Simpang yang pernah menjadi tempat untuk memungut cukai bijih timah suatu ketika dahulu. – orangnogori.com

    Tiada ulasan

    Post Top Ad