• Presiden FAM: TMJ Elak Dedah Visi 'Kerusi Panas'

    Presiden FAM


    Presiden FAM: TMJ Elak Dedah Visi 'Kerusi Panas' - Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan mendedahkan visi dan kemahuannya untuk menduduki kerusi panas badan induk bola sepak negara.

    Menurut Tunku Ismail, masa untuk mendedahkan perkara itu dianggap belum sesuai tetapi beliau akan berkongsi tentang perancangannya kepada umum tidak lama lagi.

    "Tidak ada gunanya memberitahu orang sekarang, dan kemudian saya yang rugi kerana saya tahu banyak negeri yang akan menyokong Tan Sri Annuar Musa dengan arahan Menteri Belia dan Sukan.

    Presiden FAM: TMJ Elak Dedah Visi 'Kerusi Panas'

    "Namun, saya lebih suka mengambil tindakan kerana tindakan adalah lebih berkesan daripada sekadar berkata-kata.

    "Saya akan melaksanakan apa sahaja yang boleh untuk mempertingkatkan organisasi," kata beliau menerusi kenyataan dalam laman Facebook JDT, JOHOR Southern Tigers pada Khamis.

    Dalam kenyataan sama, Tunku Ismail turut mengingatkan ahli gabungan FAM agar kembali bangkit dan bekerja keras dalam memulihkan imej bola sepak negara.

    Sebagai permulaan katanya, ahli gabungan perlu bekerja keras di kelab mereka sendiri sebelum mengembalikan kuasa bola sepak kepada rakyat.

    Presiden FAM: TMJ Elak Dedah Visi 'Kerusi Panas'

    "FAM dikendalikan oleh ahli-ahli gabungan. Sesetengah ahli gabungan mencintai bola sepak, sesetengah ahli gabungan pula tidak menyukai bola sepak.

    "Kepada mereka yang tidak sukakan bola sepak, mereka berada di sana dengan alasan yang saya tidak tahu," kata beliau. - mStar

    Tiada ulasan

    Post Top Ad