• Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka Lembut dan Sedap

    Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka Lembut dan Sedap - seingat saya pergi ke melaka untuk melancong 4 atau 5 tahun lepas. seronok sangat bercuti ke melaka dan melaka sekarang benar-benar berubah menjadi pusat sebagai pusat pelancongan. sebenarnya, sebelum saya share resepi ini di blog saya pernah jumpa banyak kawan facebook yang share resepi ini.

    Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka Lembut dan Sedap


    rupa-rupanya viral kuih keria ni sekarang, padahal dah bertahun lama saya sudah tahu kuih ni ketika melancong ke melaka. untuk buat kuih ni simple-simple je lah bahan nya dan sangat mudah.

    Resepi Kuih Keria Gula Melaka

    Resepi Kuih Keria Gula Melaka

    saya teringat beberapa bulan lepas, saya dapat e-mail dari seseorang yang meminta saya share resepi kuih keria gula melaka. sebenarnya, resepi ini sudah banyak yang share di cik google. tapi, tak ada salahnya saya share kembali.

    kuih ni biasa disalut dengan dengan gula pasir yang dicairkan. sebenarnya saya suka kuih keria kosong, yang tak bersira atau keria togel. bahan utama untuk membuat kuih ini ialah keledek. kalau tak ada keledek gunakan ubi kayu pun boleh.

    kuih ni bila terlebih tepung akan tak sedap jadi kita harus pandai-pandai taruh tepung dan ada sedikit tips bila sudah taruh tepung dan diadun cuba goreng adunan keria tu sikit, bila elok kejadianya tak perlu tambah tepung lagi.

    tapi bila lepas digoreng tu lembik boleh tambah sedikit tepung lagi. nak mencuba resepi ini? jom kita layan resepi dibawah.

    Bahan-Bahan

    • 700 gram kaledek kaler oren 
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 cawan gula melaka - hiris
    • 1 camca besar gula pasir
    • 1/4 cawan air
    • 1 camca teh penuh baking powder - serbuk penaik
    • garam secukup rasa

    Cara Penyediaan

    1. kupas kulit kaleder kaler oren kemudian dipotong kiub besar dan rebus kaledek tadi kemudian masukan garam dan biarkan hingga empuk. toskan dan lecek hingga halus. selepas tu biarkan sekejap hingga suam.

    2. gaul tepung dengan baking powder dan masukan kedalam kaledek yang telah di lecek tadi. gaul sebati sampai menjadi adunan yang lembut kemudian ketepikan.

    3. sediakan dulang dan alas dengan plastik bersih, kemudian ambil sedikit adunan tadi bulat-bulatkan dan tekan sedikit biar leper. untuk membuat lubang ditengahnya cucukan dengan jari selpas tu kemaskan dan taruh diatas dulang tadi.

    4. panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng terendam dan goreng kuih keria tadi hingga keemasan. bila sudah keemasan angkat dan toskan minyak.

    5. dalam kuali tadi keluarkan semua minyak dan masukan gula melaka bersama air dan gula pasir. gunakan api sederhana dan kacau hingga gula larut. biarkan memasak hingga gula berwarna pekat dan berbuih.

    6. masukan kuih tadi ke dalam gula larut dan gaul hingga larut. masa ini kuih keria akan melekat-lekat tapi takpe. terus memasak hingga gula meresap ke dalam kuih keria.

    7. akhir sekali, terus memasak dengan api kecil dan bila kuih telah kering bolehlah matikan api dan angkat dan pisah-pisahkan kuih yang melekat tadi dan biarkan hingga sejuk. bila sudah sejk kuih keria siap dihidangkan.

    bagaimana mudah je kan resepi kuih keria gula melaka yang saya kongsikan. bila anda sudah biasa memasak kuih ini rasanya pasti akan lembut dan sedap. okay, sampai jumpa di resepi berikutnya.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad