• Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

    Hello apa khabar, Sehat ke? hari ini saya ingin kongsikan Resepi siput sedut masak lemak cili api yang sangat sedap. masakan ini sangat popular di kalangan penggemar siput dan masa saya kecik-kecik dahulu saya suka makan siput.

    Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


    seperti biasa hari ini saya akan memasak untuk keluarga dan kita bukan sekadar memasak untuk melunaskan tanggung jawab terhadap keluarga. kita sebenarnya berkarya tentang masakan agar boleh menyeronokkan untuk keluarga.

    Resepi Siput Sedut

    Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


    harga ciput kedut ini cukup mahal biasanya saya beli di pasar RM5 dapatlah semangkuk kecil je. biasanya, saya masak gulai dan ada kala saya masak lemak cili api. tapi semuanya senang je kerana mudah dan cepat.

    bila saya malas masak siput biasanya saya beli di kedai tapi sebenarnya tak puas makan di kedai kerana tak boleh makan berulang-ulang. :D padahal saya sangat suka siput kedut ni dan anak-anak saya juga menggemari siput kedut.

    kerana saya dan keluarga penggemar siput maka hari ini saya teringin masak siput kedut. jom kita layan resepi siput kedut masak lemak cili api yang sedap dibawah.

    Bahan-Bahan Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


    • 1 kg siput kedut - rendam sekejap dengan air garam, buang ekor dan cuci bersih kemudian toskan
    • 10 - 15 biji cili padi - kisar halus
    • 2 inci kunyit hidup - kisar halus
    • garam dan gula secukupnya
    • 2 inci halia - kisar halus
    • 2 batang serai - dititik
    • 1 kotak santan
    • 3 ulas bawang putih - kisar halus
    • 5 ulas bawang merah - kisar halus
    • 2 ikat pucuk ubi

    Cara Membuat Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


    1. mula-mula pucuk ubi diambil bahagian pucuk daun yang lembut kemudian rebus hingga lembut dan toskan.

    2. panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar tadi hingga naik bau, kemudian masukan santan bersama siput, dan serai.

    3. masak pada api sederhana sambil terus dikacau perlahan. kemudian masukan pucuk ubi dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya

    4. akhir sekali, masak hingga kuah mendidih dan pekat dan bila sudah Oke boleh matika api dan siap dihidangkan.

    resepi siput kedut masak lemak cili api ni sangat sedap bila dimakan bersama dengan sambal belacan dan nasi panas-panas. okay, sampai jumpa lagi di resepi sedap berikutnya.

    Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

    Tiada ulasan

    Post Top Ad