• Resepi Sup Daging Simple dan Sedap

    Resepi Sup Daging Simple dan Sedap. Hello jumpa lagi di blogopsi.com, hari ini saya ingin kongsikan resepi sup daging simple. sup yang saya share ini boleh disedikan bersama nasi atau roti, terpulang pada selera masing-masing.

    Resepi Sup Daging Simple dan Sedap


    apa yang menyelerakan agaknya untuk hidangan tengah hari? bila mengikut selera masing-masing mungkin banyak pilihan resepi yang boleh dicuba dan bila anda tak tahu resepi apa yang ingin disediakan boleh cuba resepi sup daging yang saya share ini.

    Resepi Sup Daging Simple

    Resepi Sup Daging Simple 

    sebenarnya banyak yang sudah share resepi ini oleh kawan-kawan blogger tapi tak ada salahnya saya ikut share juga. yang paling saya suka dari sup daging ini iaitu boleh dimakan bersama nasi atau roti, yang suka roti boleh makan dengan roti.

    bila anda suka yang berat sikit boleh dimakan dengan nasi. untuk membuat sup ini anda mesti ada daging, takan ayam pulakan lainlah kalau nak buat sup ayam. resepi untuk sup ini saya buat senang je dan jom kita layan resepinya dibawah.

    Bahan-Bahan Resepi Sup Daging

    • 1.5 kg daging batang pinang - potong kecil basuh dan toskan
    • 4 biji kentang - potong 4
    • daun sup bawang potong kecil
    • 1 bungkus sup bunjut
    • bawang goreng
    • 1/2 biji karet - potong mengikut kesukaan
    Bahan untuk Menumis
    • 5 kuntum bunga lawang
    • 3 batang akar pokok daun sup
    • 5 ulas bawang putih
    • 7 ulas bawang merah
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 2 inci halia
    • 1 biji bawang besar
    • garam secukupnya
    • 2 batang serai - dititik
    • 2 sudu lada hitam biji - ditumbuk
    Cara Penyediaan Resepi Sup Daging

    1. rebus daging bersama sup bunjut di dalam periuk dengan api perlahan, sementara itu tumbuk bawang besar, bawang putih, bawang merah, dan halia hingga halus.

    2. kemudian panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk dan bahan tumis lainya tadi hingga kekuningan atau naik bau. dah siap tumis, masukan bahan tumis ke dalam periuk daging yang siap direbus tadi.

    3. kemudian masukan kentang dan karet, rebus kembali hingga kentang empuk, bila sudah masak angkat dan hidangkan.

    4. sebelum dihidangkan taburkan daun bawang agar lebih sedap.

    bagaimana mudah kan resepi sup daging yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi sedap selanjutnya.

    Resepi Sup Daging Simple dan Sedap

    Tiada ulasan

    Post Top Ad