• Resepi Cekodok Pisang Mudah dan Sedap

    Resepi Cekodok Pisang Mudah dan Sedap, hari ini saya ingin kongsikan resepi cekodok pisang yang mudah dan sedap. resepi ni amat mudah untuk disediakan dan paling sedap bila disediakan bersama ubi rebus yang dicicah dengan kelapa parut dan teh tarik.

    makanan ini sangat popular di masyrakat Malaysia dan ada yang panggil cucur, ada yang panggil cekodok dan ada yang panggil jemput-jemput. walau apapun panggilan yang diberi ia adalah menu yang sama.

    Resepi Cekodok Pisang

    Resepi Cekodok Pisang Mudah dan Sedap

    saya menyediakan cengkodok atau jemput-jemput pisang ni atas permintaan sahabat yang menghantar E-mail. kerana sahabat saya adalah pembaca setia blog saya yang sederhana ni. agaknya sahabat saya teringin sebab dah lama tak makan cengkodok pisang tapi tak tahu cara resepinya.

    bahan utama untuk membuat cengkodok pisang ialah pisang emas yang masak ranum. resepi ini sangat mudah untuk disediakan dan sangat sesuai untuk dirujuk oleh anak-anak yang masih belajar memasak.

    mula-mula belajar dulu buat cucur tapi kalau buat cucur yang mudah pun gagal alamat makan kat kedai ajelah... bila anda ingin dapatkan cucur yang montok dan gebu, anda perlu tambahkan baking powder ke dalam adunan dan perap sebentar sebelum di goreng. 

    jom kita layan resepi cekodok pisang dibawah ;

    Bahan-Bahan Resepi Cekodok Pisang

    • 7 biji pisang emas
    • 3 sudu besar gula pasir
    • 1 cawan tepung gandum
    • garam secukupnya
    • minyak untuk menggoreng

    Cara Penyediaan Resepi Cekodok Pisang


    1. mula-mula kupas kulit pisang dan hancurkan menggunakan garfu hingga lenyek 

    2. kemudian masukan gula dan garam. selepas tu masukan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata, ingat jangan berlebih gandum sebab nanti adunan menjadi keras dan tak sedap.

    3. panaskan minyak dalam kuali dan bila minyak sudah panas jemput adunan kecil-kecil dan goreng adunan hingga masak menggunakan api sederhana. 

    4. agar adunan tak hangus balik-balikan sehingga masak rata dan bila sudah masak bolehlah angkat dan toskan.

    5. akhir sekali, hidangkan bersama teh tarik atau kopi..

    agar adunan montok dan gebu letakan sedikit baking powder dan perap seketika sebelum digoreng. bagaimana mudah kan resepi cekodok pisang yang saya kongsikan dan sampai jumpa diresepi berikutnya.

    Resepi Cekodok Pisang Mudah dan Sedap

    Tiada ulasan

    Post Top Ad