Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2022/ 2023 KPM Online
Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2022/ 2023 KPM Secara Online. Perhatian buat ibu bapa dan penjaga. Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah KPM bagi sesi persekolahan tahun 2022 akan dibuka mulai 1 Mac 2022 hingga 30 April 2022. Pendaftaran PraSekolah boleh dibuat secara dalam talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual.
Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2022/ 2023 KPM Online
Syarat Kelayakan Memohon Prasekolah
Syarat Kelayakan Memohon ke prasekolah di bawah Kementerian Pendaftaran Malaysia adalah:
Kanak-Kanak Warga Malaysia Sahaja
Kanak-Kanak Yang Lahir Pada 2 Januari 2013 – 15 Januari 2015
Tempoh Permohonan Prasekolah 2018
1. Secara Atas Talian
Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018
2. Secara Manual Melalui Prasekolah Yang Dimohon
Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018
Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2022 Secara Online
Berikut adalah cara membuat permohonan online (atas talian) melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
1. Isi Borang Online
Buka laman web https://eprasekolah.moe.gov.my dan isi borang permohonan prasekolah. Lengkapkan semua butiran yang diminta.
2. Cetak Borang Permohonan
Permohonan yang telah lengkap perlu disemak dan dicetak.
Borang ini perlu diserahkan kepada prasekolah yang dipohon berserta dengan senarai semak yang dinyatakan didalam borang permohonan. Penyerahan perlu dilakukan dalam tempoh pendaftaran.
3. Semak Status Permohonan
Setelah mengisi borang, status permohonan boleh disemak dengan klik pada butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA. Senarai Sekolah Seluruh Malaysia
Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.
Untuk rayuan permohonan, sila klik butang RAYUAN PERMOHONAN apabila dimaklumkan kelak.
Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2022/ 2023 Secara Manual
1. Ambil BorangIbu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2018.
2. Lengkapkan Borang
Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan seperti yang diminta oleh prasekolah.
3. Hantar Semula Borang Bersama Dokumen Berkaitan
Kesemua borang beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah atau layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.
Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2022/ 2023 KPM Online
Tiada ulasan