Keputihan Coklat Punca dan Rawatannya
Keputihan Coklat Punca dan Rawatan. Pernahkah anda mengalami keputihan berwarna coklat apabila hampir dengan hari haid? Jika pernah, anda mungkin tertanya-tanya sama ada ia normal atau sebaliknya, bukan?
Usah risau, keputihan berwarna coklat sebelum haid bermula biasanya tidak bersifat bahaya, dan beberapa sebab berikut boleh menjadi salah satu puncanya.
Keputihan Coklat Punca dan Rawatan
Keputihan adalah proses semula jadi yang mengeluarkan cecair daripada faraj seseorang wanita dan ia boleh berlaku hampir setiap hari
Ia biasanya berwarna jernih atau putih dan kadangkala, warna lain juga boleh terbentuk. Apabila keputihan berwarna coklat berlaku, ia mungkin mengandungi sejumlah kecil darah lama.
Darah lama yang dimaksudkan adalah darah yang mengambil masa lebih lama untuk keluar daripada rahim sejak kitaran haid sebelumnya.
Pun begitu, keputihan coklat juga boleh berlaku atas pelbagai faktor, termasuk:
#1 Keputihan warna coklat tanda kehamilan?
Sekiranya tidak hamil:
- Darah lama keluar daripada rahim beberapa hari selepas berakhirnya haid
- Haid yang baru bermula, di mana alirannya masih ringan
- Tompokan ovulasi
- Reaksi terhadap ujian Pap smear atau pemeriksaan faraj
- Reaksi terhadap hubungan seks yang dilakukan, terutamanya jika terlebih ‘kasar’
Sekiranya hamil:
Keputihan serta tompokan berwarna coklat atau merah jambu sebelum haid mungkin merupakan tanda awal kehamilan.
Walaupun ia tidak terjadi kepada semua bakal ibu, namun sebilangan wanita boleh mengalaminya.
Ia disebabkan oleh pendarahan implantasi yang terjadi ketika telur yang disenyawakan menempel di lapisan rahim.
Pendarahan implantasi ini boleh berlaku 1 sehingga 2 minggu setelah telur disenyawakan. Dalam beberapa kes, ia mungkin disertai dengan kekejangan implantasi.
Usah risau kerana ia seringkali tidak berlaku dalam jangka masa lama dan cenderung untuk berlangsung hanya selama 1 atau 2 hari.
Gejala awal kehamilan termasuk:
- Payudara terasa sakit
- Keletihan
- Kerap membuang air kecil
- Loya
- Muntah
#2 Menstruasi
Tompokan coklat sering kali merupakan petanda ovulasi atau haid yang bakal bermula dan perkara ini adalah normal, jadi ia tidak perlu dibimbangkan.
Sekiranya anda mempunyai tompokan coklat yang bermula 2 minggu sebelum haid, ini mungkin merupakan tanda perubahan hormon yang berkaitan dengan ovulasi.
Biasanya, wanita berovulasi sekitar 10 sehingga 16 hari selepas hari pertama dalam haid yang terakhir. Ini adalah ketika ovari mengeluarkan telur untuk persenyawaan.
Ovulasi pula berlaku apabila tahap estrogen tinggi dan keputihan coklat ini berlaku selepas telur dilepaskan, yang disebabkan oleh penurunan estrogen.
Tetapi jika anda sedang mengambil pil pencegah kehamilan, tompokan coklat mungkin merupakan petanda lain kerana pil ini mampu menghalang proses ovulasi.
#3 Perimenopause
Perimenopause adalah satu fasa transisi sebelum wanita mencapai usia menopaus dan kebiasaannya terjadi kepada wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40 tahun dan ke atas.
Ia akan berlangsung selama beberapa bulan atau tahun, bergantung kepada individu itu sendiri.
Sebagai tindak balas terhadap proses ini, anda mungkin tidak akan berovulasi atau mengalami haid seperti dahulu.
Sekiranya anda mengalami perimenopause, haid yang tidak teratur dan tompokan coklat di antara haid adalah perkara biasa.
Antara gejala lain yang mungkin dialami termasuk:
- Perubahan emosi
- Badan terasa panas
- Berpeluh pada waktu malam
- Sukar untuk tidur
- Kekeringan faraj
#4 Keputihan mungkin petanda penyakit kelamin
Keputihan berwarna coklat sebelum haid turut boleh menjadi petunjuk kepada penyakit jangkitan kelamin (STD), seperti gonorea atau klamidia.
Antara gejala lain yang mungkin dialami termasuk:
- Sensasi seakan terbakar semasa membuang air kecil
- Keputihan yang berbau
- Sakit semasa melakukan hubungan seks
Tetapi, bukan semua pesakit STD mengalami gejala, disebabkan itu adalah sangat penting bagi semua individu yang aktif secara seksual untuk melakukan ujian STD secara berkala.
#5 Sindrom ovarium polikistik (PCOS)
PCOS adalah gangguan hormon yang biasa berlaku pada wanita usia reproduktif.
Wanita dengan masalah PCOS mungkin mengalami haid yang jarang, berpanjangan atau tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan.
Ovari boleh menghasilkan banyak koleksi cecair (folikel) dan gagal melepaskan telur secara berkala.
Ia juga boleh menyebabkan keputihan atau tompokan berwarna coklat akibat pendarahan ringan dan tidak teratur.
Antara gejala lain yang mungkin dialami termasuk:
- Haid tidak teratur
- Tidak mengalami haid sama sekali
- Pendarahan menstruasi yang sangat berat
- Bulu berlebihan di muka atau badan
- Kulit menjadi berjerawat atau berminyak
- Sakit bahagian pelvis
- Sukar untuk hamil
- Tona kulit tidak sekata
Menurut Centers for Disease Control (CDC), sehingga 12% wanita di Amerika Syarikat mengalami kesukaran untuk hamil kerana masalah PCOS yang tidak dirawat.
Penyebab keputihan berwarna coklat #6 Kanser serviks
Tompokan darah berwarna coklat mungkin merupakan simptom kanser serviks, tetapi kes ini sangat jarang berlaku.
Kanser serviks berlaku apabila terdapat sel yang berubah dalam serviks seseorang wanita, yang menghubungkan rahim dengan faraj.
Kanser serviks atau juga dikenali dengan nama barah pangkal rahim merupakan kanser kedua terbanyak berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara.
Selain potensi keputihan berwarna coklat menjadi petunjuk barah serviks, gejala-gejala lain mungkin termasuk:
- Terasa sakit semasa melakukan hubungan seks
- Berlaku pendarahan selepas bersenggama
- Pendarahan haid yang lebih berat atau lebih lama
- Berlaku pendarahan antara kitaran haid
Penting untuk anda fahami, kanser pangkal rahim membiak dengan perlahan, maka jika berjaya dikenal pasti pada peringkat awal, ia dapat dirawat sebelum bertambah parah. Keputihan Coklat Punca dan Rawatannya
Tiada ulasan