• Permohonan Kolej Profesional MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)

    Permohonan Kolej Profesional MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)

    Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Program Diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) dan Program Asasi di Kolej MARA.

    Calon-calon lelaki dan perempuan lepasan SPM / SPMV / SVM / STPM / STAM yang berumur TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN boleh memohon.

    Permohonan Kolej Profesional MARA

    Tarikh Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA 2022

    Permohonan telah dibuka mulai 22 FEBRUARI 2022 sehingga 30 JUN 2022.

    Syarat Kelayakan

    • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
    • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
    • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

    Kemudahan Yang Ditawarkan

    • Kemudahan penginapan asrama
    • Pemberian Elaun Sara Hidup
    • Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
    • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian
    Kolej MARA
    kolej profesional mara

    Program Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA 2022

    Program ini terdiri daripada empat belas (14) kluster program seperti berikut:

    i. Diploma in Accounting (DIA)
    ii. Diploma in Business Studies (DBS)
    iii. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
    iv. Diploma in Entrepreneurship (DEN)
    v. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
    vi. Diploma in Computer Networking (DCN)
    vii. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
    viii. Diploma in International Business (DIB)
    ix. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
    x. Diploma in Marketing (DMK)
    xi. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)

    Program Asasi Kolej MARA

    Program Kolej MARA (KM) menawarkan laluan pantas ke universiti dan jaminan bidang pengajian di universiti.

    Selain itu, Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MARA, dan akan dipertimbangkan pinjaman pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti.

    Berikut adalah info lanjut tentang kemasukan pelajar ke Kolej MARA (KM) bagi tahun 2022:

    SYARAT AM

    KOLEJ MARA ASASI

    PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

    KOLEJ MARA ASASI
    KOLEJ MARA ASASI
    KOLEJ MARA ASASI

    Cara Permohonan Kolej Profesional MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)

    Permohonan dibuka secara dalam talian & percuma, sila klik pautan https://apponline.mara.gov.my/upimonline/.

    Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda
    maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya
    pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan
    penyimpanan data.

    Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah
    lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan
    sebagai bukti permohonan telah dibuat.

    Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

    Maklumat Lanjut

    Sila layari pautan di bawah untuk maklumat lanjut

    Permohonan Kolej Profesional MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)

    Tiada ulasan

    Post Top Ad