• Piala FA 2022 Malaysia Jadual Keputusan Terkini

     Piala FA 2022 Malaysia Jadual Keputusan Terkini

    Berikut adalah jadual perlawanan siaran langsung, live streaming dan keputusan perlawanan Piala FA Malaysia 2022. Jadual perlawanan yang mengandungi tarikh dan masa perlawanan, dan pasukan yang bertanding terbaharu akan dikemaskini sebaik sahaja maklumat diperolehi.

    Piala FA 2022 Malaysia

    Piala FA 2022 Malaysia Jadual Keputusan Terkini

    Juara Piala FA Malaysia 2022 akan diberi tempat dalam slot kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2023. Kedah FA merupakan juara bertahan (musim 2019). Piala FA untuk musim 2020 dan 2021 telah dibatalkan akibat Pandemik COVID-19.

    34 pasukan akan bersaing untuk merebut Piala FA untuk musim 2022 ini. 12 pasukan adalah dari Liga Super, 7 pasukan dari Liga Premier dan 15 pasukan dari Liga M3.

    Jadual Siaran Langsung, Live Score Dan Keputusan Piala FA

    Semua perlawanan Piala FA 2022 akan disiarkan secara langsung menerusi unifiTV, aplikasi unifi PlayTV serta live stream menerusi channel YouTube unifi. Radio Televisyen Malaysia (RTM) pula akan menyiarkan satu perlawanan terpilih setiap minggu.

    Berikut adalah jadual, keputusan live score, serta maklumat saluran siaran langsung dan live streaming untuk perlawanan Piala FA 2022 yang terkini. Sila refresh page untuk paparan keputusan jaringan terbaharu.

    (Live score dan keputusan perlawanan kami update mulai Pusingan Ketiga.)


    Piala FA 2022 kembali warnai Liga-M

    SETELAH ditangguhkan dalam dua edisi sebelum ini susulan Covid-19, saingan Piala FA akan kembali mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2022 dengan penampilan format baharu.

    Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam berkata, aksi suku akhir dan separuh akhir hanya akan dijalankan sekali dan bukannya dua kali seperti sebelum ini.

    “Liga-M 2022 bakal menyaksikan saingan Piala FA akan kembali dipertandingkan dengan durasi yang lebih singkat. Ia bagi memberikan peluang kepada pemain untuk menyertai latihan pusat skuad kebangsaan.

    “Ia termasuklah dari segi proses kuarantin yang perlu dilalui oleh pemain-pemain yang menyertai Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC,” katanya selepas Majlis Taklimat Kalendar Liga-M 2022 yang diadakan secara maya pada Rabu.

    Untuk rekod, saingan Piala FA yang diperkenalkan sejak tahun 1990 terpaksa ditangguhkan pada 2020 dan 2021 ekoran penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

    Dalam pada itu, perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah tidak akan lagi menjadi sebahagian daripada aksi Liga Super musim ini.

    Stuart berkata, aksi yang akan menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan juara Piala Malaysia, KL City FC itu akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 26 Februari ini.

    “Pada 26 Februari, perlawanan sumbangsih iaitu Piala Sultan Ahmad Shah sekarang bukan sebahagian daripada liga. Ia satu perubahan pertama yang saya perlu maklumkan. Piala FA 2022 Malaysia Jadual Keputusan Terkini

    Tiada ulasan

    Post Top Ad