• Tarikh Mengundi PRU 15 Pilihan Raya Umum 2022 Terkini

    Tarikh Mengundi PRU 15 Pilihan Raya Umum 2022 Keputusan Terkini

    Seremban: Penentuan mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang hanya akan ditentukan pemimpin kerajaan dan parti.

    Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen dan memberi laluan kepada PRU-15.

    Tarikh Mengundi PRU 15

    PRU15 : Penamaan Calon, Tarikh Mengundi & Semakan SPR

    Katanya, semua pihak kena akur bahawa tiada mana-mana pihak yang boleh menentukan mengenai perkara ini.

    "Perdana Menteri yang akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi PRU, tiada siapa yang boleh menasihatkan baginda dalam Perlembagaan.

    "Maka pemimpin parti dan pemimpin kerajaan akan duduk bersama-sama berbincang seperti mana diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) (UMNO) baru-baru ini, bahawa pemilihan parti dan PRU-15 ini akan dibincangkan bersama oleh kepemimpinan parti dan negara.

    "Kita nak cari yang baik, maka apabila kita berunding sama-sama nanti, akan dapat kata sepakatnya. Jadi bila dah berpakat yang di atas (pemimpin), yang di bawah ini (akar umbi UMNO) jangan lah bising lagi," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Sayap UMNO Bahagian Rembau di Royal Chulan, di sini, tadi.

    Turut hadir, Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Rembau dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

    Tarikh Mengundi PRU 15 Pilihan Raya Umum 2022 Keputusan Terkini

    Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan Ketua UMNO Bahagian Rembau mengulas mengenai kenyataan Ismail di Bera Pahang kelmarin, bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk beliau membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU15 diadakan.

    Perdana Menteri dilaporkan berkata, kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan lalu bukan ukuran sebenar penerimaan rakyat terhadap parti itu.

    Mengulas lanjut, Mohamad berkata, penentuan berkaitan PRU-15 ini terpulang kepada pucuk pimpinan negara dan parti untuk berunding.

    "Walaupun ada ahli yang mahukan PRU ini dibuat awal, tapi yang boleh membubarkan Parlimen ini adalah Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

    "Perkara ini perlu dilihat, dalam masa terdekat ini Yang di-Pertuan Agong tidak setuju untuk membubarkan Parlimen supaya ditangani dulu krisis pandemik Covid-19 dan juga krisis ekonomi.

    "Itu perlu dilihat dan diteliti supaya parti tidak tersilap langkah," katanya.


    Bilakah tarikh PRU-15?

    PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjanji untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU) setelah pandemik Covid-19 berakhir.

    Sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun lalu hendak dijadikan contoh, ia bererti angka jangkitan harian harus turun ke angka satu dan dua digit untuk membolehkan kerajaan mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

    Menentukan tarikh PRN Sabah berdasarkan jangkitan satu hingga dua digit ternyata betul walaupun selepas itu berlaku peningkatan kes. Pada 1 Oktober – lima hari selepas PRN Sabah – kes baharu mencapai rekod tiga digit iaitu 280 kes, diikuti dua hari kemudian 317 lagi. Menjelang 24 Oktober, kes baharu mencapai empat digit (1,228).

    Kesalahan terletak pada ahli politik semua parti dan para penyokong mereka yang tidak mempedulikan prosedur operasi standard (SOP) semasa berkempen.

    PRU15 : Penamaan Calon, Tarikh Mengundi & Semakan SPR

    Buktinya dapat dilihat dalam media sosial mereka yang memaparkan gambar yang menunjukkan pengabaian sepenuhnya pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan melanggar syarat jumlah maksimum hadirin yang dibenarkan bagi setiap aktiviti semasa berkempen.

    Oleh kerana kes jangkitan masih berada pada empat angka sekarang, maka kita memerlukan beberapa bulan lagi untuk kes baharu mencapai tahap dua atau satu digit secara konsisten. Oleh itu, sesiapa yang menyatakan PRU-15 mesti diadakan sekarang ketika jangkitan harian masih berada pada empat dan tiga digit ialah orang tidak bertanggungjawab.

    Oleh kerana sesi pertama Parlimen Ke-14 sekarang bermula pada 16 Julai 2018, Parlimen secara automatik akan dibubarkan pada 16 Julai 2023 untuk memberi laluan kepada PRU-15.

    Ini adalah amalan demokrasi berparlimen khususnya di negara Komanwel. Tetapi persoalannya, bolehkah PRU diadakan kurang dari lima tahun selepas sesi pertama Parlimen? Sekiranya ya, berapa awal?

    Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan apa-apa dalam hal ini yang bermaksud tiada larangan eksplisit untuk mengadakan PRU lebih awal. Tetapi satu perkara jelas ialah PRU tidak boleh diadakan sekiranya Parlimen tidak dibubarkan.

    KEPUTUSAN TERKINI PRU 15

    Yang memegang kunci pembubaran Parlimen ialah Perdana Menteri – kelebihan yang diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada penyandang jawatan dalam demokrasi berparlimen.

    Berdasarkan sejarah PRU di Malaysia, rata-rata PRU diadakan setelah Parlimen memasuki tahun keempat. Apa yang tersirat dalam Perlembagaan berhubung PRU diadakan sekali dalam lima tahun adalah jelas untuk mengelakkan pembaziran sumber kerana menganjurkan PRU menelan belanja yang banyak.

    Di Malaysia, PRU-14 telah menelan belanja RM500 juta dan dianggarkan kos PRU-15 boleh mencecah sehingga RM1.2 bilion.

    Bayangkan jika Malaysia mengadakan empat PRU dalam tempoh dua tahun ekoran wujud kerajaan dengan majoriti tipis, kosnya akan melambung kepada RM4.8 bilion.

    Oleh itu, selain isu jangkitan Covid-19, soal kos perlu diambil kira sebelum menentukan tarikh PRU-15.

    Walaupun kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mendapat mandat melalui PRU, ia tetap kerajaan sah dilantik menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Maka, ia bukan kerajaan pintu belakang, jauh sekali kerajaan tidak sah.


    JAMARI MOHTAR

    Pengarah Media & Komunikasi di EMIR Research


    Tarikh Mengundi PRU 15 Pilihan Raya Umum 2022 Terkini

    Tiada ulasan

    Post Top Ad