• Dividen Bank Rakyat 2022 : Tarikh & Kadar Bagi Tahun Kewangan 2021

    Dividen Bank Rakyat 2022 : Tarikh & Kadar Bagi Tahun Kewangan 2021

    Menjelang bulan April ini, Bank Rakyat akan mengumumkan bila dividen akan diumumkan dan berapakah kadar pada tahun ini?

    Mari lihat info lanjut kadar dividen Bank Rakyat dan langkat untuk menyemak pengkreditan bagi semua ahli.

    Dividen Bank Rakyat 2022 : Tarikh & Kadar Bagi Tahun Kewangan 2021

    Apakah Dividen Bank Rakyat?

    Bank Rakyat ialah sebuah institusi yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 dimana ia ialah bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan mempunyai aset berjumlah RM111.75 bilion berakhir Disember 2020.

    Unit amanah Bank Rakyat adalah terhad dan tidak dibuka untuk penjualan atau pembelian sepanjang tahun.

    Ini bermakna, kita perlu menunggu tarikh penawaran baru dari bank atau mencari pemegang saham untuk membeli unit daripada mereka.

    Dividen Bank Rakyat 2022 : Tarikh & Kadar Bagi Tahun Kewangan 2021

    Merujuk kepada laman web rasmi Bank Rakyat pula, Pelaburan Unit Amanah Bank Rakyat ditawarkan kepada:

    1. Pemohon individu:
      1. Warganegara Malaysia
      2. Berumur 18 hingga 65 tahun
      3. Bagi pelaburan bersama; pelabur utama mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan tiada syarat umur bagi pelabur bersama
      4. Permohonan untuk nama bersama adalah terhad kepada dua orang sahaja.
    2. Pemohon institusi – Syarikat, koperasi, pertubuhan, pemilik tunggal, institusi, dll
    • Jumlah pelaburan minimum bermula pada RM500* (*Berbeza mengikut dana)

    Dividen Bank Rakyat 2022 : Tarikh & Kadar Bagi Tahun Kewangan 2021

    Bilakah Tarikh Dividen Bank Rakyat 2022?

    Ramai sudah sedia maklum bahawa dividen Bank Rakyat sering kali diumumkan pada pertengahan bulan April.

    Tahun 2021 contohnya, dividen telah dikreditkan kepada ahli pada 12 April . Jadi pihak Bank akan mengkreditkan dividen setelah ianya mendapat kelulusan daripada pihak-pihak tertentu.

    Pengumuman mengenainya akan dimaklumkan kelak melalui media massa utama.

    Berapakah Kadar Dividen Bank Rakyat 2022

    Bagi tahun ini, kadar dividen belum diumumkan secara rasmi. Oleh itu , kami kongsikan sejarah kadar dividen untuk 5 tahun sebelum dan anda boleh membuat jangkaan berapakah yang akan diterima kelak.

    TahunKadar Dividen
    202013%
    201914%
    201813%
    201715%
    201615%
    201513%
    201415%
    201315%
    201218%
    201120%
    201015%

    Maklumat Lanjut

    Sebarang maklumat lanjut berkenaan tarikh pengumuman dan kadar dividen Bank Rakyat, sila rujuk saluran berikut:

    Tiada ulasan

    Post Top Ad