• Resepi Kuih Akok Kedut Azie Kitchen

    Pada kali ini admin ingin berkongsi Resepi Kuih Akok Kedut Sedap. Kuih Akok adalah makan tradisi melayu, menggunakan pandan asli untuk menaikkan aroma. Selamat mencuba resepi ini.

    Resepi Kuih Akok Kedut Azie Kitchen

    Resepi Kuih Akok Kedut Azie Kitchen

     
    Penyediaan: 30 minit | Memasak: 40 minit 
    Keseluruhan: 70 Minit | Jumlah Hidangan: 6-8 orang.


    Bahan-bahan:
    8 biji telur itik
    2 biji telur ayam
    1 kg gula melaka
    2 cawan tepung gandum
    6 kuntum bunga cengkih
    2 helai daun pandan
    1 ½ biji kelapa

    Cara menyediakan Kuih Akok:

    1. Telur dipukul sehingga kembang. Kelapa diperah dan ambil santan dua kali sahaja.
    2. Gula melaka dilarutkan bersama secawan air dan dicampur tepung. Kacau dan tapis supaya tidak berketul-ketul.
    3. Hiris daun pandan dan masukkan bunga cengkih ke dalam bancuhan tepung tadi. Kacau sebati dan tapis.
    4. Panaskan acuan baulu dan sapu sedikit minyak. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan dan bakar dengan api arang atas bawah.


    Kuih Akok Kedut Kelantan Azie Kitchen

    Kali ini saya menggunakan resepi kuih akok yang diajar oleh Datin Isma dari Masak With Passion yang memang handal bab masakan terutama masakan Kelantan. 

    Saya hanya menyediakan separuh adunan sahaja. Cukup lah untuk kami berbuka, dapat juga 13 biji akok kedut kecil yang comel comel untuk juadah berbuka puasa. 

    Kalau anda tidak menpunyai cupcake maker, boleh jer bakar dengan menggunakan acuan muffin di dalam oven. Tapi kalau oven, lama lah sikit nak tunggu oven panas dsb. Jadi apa tunggu lagi, esok ramai ramai pakat buat kuih akok kedut tau. 

    Oleh: Azie Kitchen

    Bahan A:
    6 biji telur 
    2 sudu besar tepung gandum - 15 gram. 
    200 ml santan 
    Secubit garam

    Bahan B:
    2 keping gula Melaka - berat 200 gram 
    ½ sudu besar gula pasir 
    2 helai daun pandan
    100 ml air 

    Cara Sediakan Kuih Akok Kedut Kelantan:

    Masak air dengan gula Melaka, gula dan daun pandan. Sejukkan. Nota: tak perlu letak gula jika tak suka manis.

    Kisar telur, tepung gandum, santan, garam dengan air gula Melaka sehingga kembang. Biarkan seketika untuk hilangkan buih. 

    Tuang minyak dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan. Nota: saya bakar guna acuan cupcake maker. Tuang minyak dan bila minyak panas, tuang adunan. 

    Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit menggunakan api atas bawah atau sehingga keperangan. 

    Selamat mencuba Resepi Kuih Akok Kedut Azie Kitchen.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad