• Resepi Kepak Ayam Bakar Madu

    ResipiMasakanKini berkongsi Resepi Kepak Ayam Bakar Madu. Resepi Kepak Ayam Bakar Madu ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu BBQ. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

    Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit    
    50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang

    Bahan-bahan: 
    1/2 kilo kepak ayam
    4 biji bawang merah kisar
    3 ulas bawang putih kisar
    Sedikit halia kisar
    Sedikit serbuk lada hitam kasar
    Sedikit mixed herbs
    Madu ikut citarasa anda
    Garam dan gula secukup rasa
    Mentega secukupnya

    Cara menyediakan:
    1. Gaulkan bahan-bahan di atas secara merata pada ayam.
    2. Perapkan ayam tadi selama mana yang anda mahu.
    3. Sapukan dulang pembakar dengan mentega, susun kepak ayam yang telah diperap di atasnya.
    4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180C hingga masak dan garing.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad