Resepi Mee Kari
Resepi Mee Kari yang memang sangat sedap dan dimasak menggunakan air rebusan udang. Boleh dikatakan penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahannya memang banyak, termasuk bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, tapi itulah yang menariknya tentang mee kari. Bagi saya kombinasi seafood iaitu kerang dan udang juga sememangnya menambah lebih perisa untuk kuah kari. Selalu orang hidangkan mee kari pada hari-hari istimewa, jadi walaupun agak remeh tapi berbaloi.
Mee Kari ni adalah antara menu kegemaran untuk hidangan minum petang yang cukup sedap dan lazat. Selamat mencuba resepi masakan ini..
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam bhg tulang2
1 paket fish ball
5 tauhu sponge dipotong 2
Santan fresh
6 ulas bawang merah-dikisar
6 ulas bawang putih-dikisar
1 labu bawang besar-dikisar
1 inci halia – dikisar
3 batang serai – diketuk
2 sudu besar rempah daging-dibuat pes
2 sudu besar rempah ikan-dibuat pes
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
Garam dan gula secukup rasa
Daun kari
Air asam jawa
Bahan tambahan:
1 kilo mee kuning
Limau kasturi
Bawang Goreng
Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak,tumiskan rempag ratus dan daun kari.Kemudia masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik baunya.
2. Masukkan pes kari dan sedikit santan.Setelah rempah dah pecah minyak, masukkan ayam, serai ketuk dan santan juga ditambah airnya.(ikut la nak pekat atau sedikit cair kuahnya)
3. Bila kuah dah mendidih masukkan air asam atau asam keping, fish ball dan tauhu sponge. Tambah kan garam dan gula secukup rasa. Renehkan kuah seketika dengan api perlahan.
4. Untuk hidangan boleh lah dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan.
Tiada ulasan