Friday, May 2.
  • Cara Buat Congo Bar yang Mudah dan Sedap

    Cara Buat Congo Bar yang Mudah dan Sedap

    Admin kali ini ingin berkongsi resepi Congo Bar, resipi kuih raya yang sedap ini boleh menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya.


    Resepi Congo Bar Mudah dan Sedap

    Resepi Congo Bar Mudah dan Sedap

    Penyediaan : 20 minit | Memasak: 30 minit
    50 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan:
    ( 12in x12in )

    Bahan-bahan:
    • 3 cawan tepung serbaguna- diayak
    • 2 1/2 sudu teh serbuk penaik- di ayak
    • 250gm mentega
    • 380gm gula perang
    • 3 biji telur
    • 1 sudu teh esen vanila
    • 250gm coklat cip
    • 1 cawan kacang pecan
    Cara menyediakan Congo Bar:
    1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
    2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan esen vanilla.
    3. Masukkan tepung dan gaul sebati.
    4. Masukkan kacang dan coklat cip, gaul rata.
    5. Bakar pada suhu 150 celcius selama 30min atau sehingga masak.

    Resepi Congo Bar Mudah 2

    bahan-bahan untuk membuat congo bar
    180g butter
    1 3/4 cawan gula perang
    esen vanilla
    1/2 cawan serbuk badam
    3 biji telur
    3 1/4 tepung naik sendiri
    3 sudu besar tepung susu
    1 cawan chocholate chip
    1 cawan almond slice 

    cara-cara untuk membuat congo bar
    kacau gula perang,butter dan serbuk badam sehingga sebati
    then masukkan telur satu per satu
    masukkan plak tepung susu dan tepung gandum
    masukkan chocolate chip dan hirisan badam
    tuangkan adunan pada loyang 8x8 @ 9x9
    taburkan sedikit almond + choc chip
    bakar pada suhu 170c selama 45 min

    Resepi Congo Bar Mudah 3

    Bahan-bahan Congo Bar:

    315 gm tepung gandum

    2 1/2 sudu kecil baking powder

    1/2 sudu kecil garam

    150 gm butter

    320 gm gula perang (saya guna 220 gm sahaja)

    3 biji telur gred A

    1 sudu kecil esen vanila

    250 gm chocolate chips

    1 cawan kacang pican atau apa-apa kekacang - optional

    Kepingan badam untuk taburan - optional


    Cara-cara membuat Congo Bar:

    Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.

    Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.

    Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.

    Masukkan esen vanila.

    Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.

    Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.

    Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.

    Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar. Cara Buat Congo Bar yang Mudah dan Sedap

    Tiada ulasan

    Post Top Ad