• Koleksi Resepi Kuih dan Biskut Raya 2022

    Koleksi Resepi Kuih dan Biskut Raya 2022

    Pasti ramai antara anda yang sedang memikirkan apakah biskut yang akan di sajikan untuk hari Lebaran nanti. Mungkin ada juga yang sedang tercari-cari biskut yang sesuai untuk di jual sempena musim perayaan bagi menambahkan pendapatan keluarga.


    Koleksi Resepi Kuih

    Resepi Biskut & Kuih Raya Red Velvet

    Bahan-bahan
    1/2 cawan butter -suhu bilik
    1/2 cawan gula kastor -saya guna gula aising
    1/2 cawan gula perang
    1 biji telur
    1 sudu kecil esen vanila

    NOTA : pukul hingga kembang semua bahan ini - (saya hanya gaul semua bahan hingga sebati menggunakan hand whisk saja)
    kemudian masukkan:-


    1 sudu besar pewarna merah
    1 sudu kecil cuka- (saya guna jus lemon)
    1 sudu kecil soda bikarbonat (saya guna 1/2 sudu kecil)
    1/2 sudu kecil baking powder
    1/4 sudu kecil garam
    1/3 cawan serbuk koko-( saya guna 1/4 cwn serbuk milo)
    1 1/2 cawan tepung gandum


    Cara Membuatnya Biskut & Kuih Raya Red Velvet

    gaul semua bahan menggunakan senduk kayu hingga sebati
    jika lembik masuk peti sejuk sekejap 10 minit
    bulat2kan dan terus bakar.
    jarakkan setiap adunan atas dulang pembakar kerana adunan ni akan mengembang.
    bakar 180c 10 minit - 12 minit

    Koleksi Resepi Kuih dan Biskut Raya 2022

    ketika hari raya tiba mesti kita sibuk sediakan banyak kuih muih sebab banyak kawan dan saudara datang untuk melawat. saya sendiri tak tahu sejak kapan menyediakan kuih itu perlu ketika hari raya tiba, boleh jadi memang sudah menjadi tradisi dari zaman dahulu.

    biskut yang share ini ini memang sedap dan pada pendapat saya biskut ini setanding dengan keenakan biskut famous amos yang mahal itu. rasa biskut ini sangat rangup dan menarik perhatian dan bagi kawan-kawan yang sukakan biskut ini boleh cuba membuatnya sendiri.


    Resepi Biskut Famous Amos Azlina Ina

    Resepi Biskut Famous Amos

    sudah beberapa hari aku cuti update entri di blog ini, maklumlah kerana kesibukan yang sangat menghabiskan masa dan mood yang juga turun naik. di hari raya nanti biskut ini biasanya sering kita temukan kerana cukup populer sebagai menu hidangan biskut raya.

    agar rasa lebih sedap ketika membuatnya bolehlah dimasukan walnut, bunga matahari, atau kekacang lain. resepi yang akan saya tulis ini untuk separuh adunan yang akan menghasilkan 55 - 60 keping biksut.

    jika ingin dapat lebih boleh tambah adunan dengan menggandakan semua bahanya kecuali telur. jom kita layan resepi biskut famous amos sedap dibawah

    Bahan 1
    • 1 biji telur 
    • 1/2 cawan butter/ mentega
    • 1/2 sb susu segar - susu tepung
    • 1/2 cawan gula perang
    • 1/2 cawan minyak jagung
    • 1/2 sk extract vanilla
    • 1/4 cawan gula kaster
    • sedikit garam
    Bahan 2

    • 1 sb tepung jagung - diayak
    • 2 cawan tepung gandum - di ayak
    • 1 sb serbuk koko - diayak
    • 1 cawan semi sweet chocolate chips
    • 1/2 sk soda bikarbonat
    • 1/2 sk cream pf tartar nona atau boleh juga 1/2 sk jus lemon
    • 1/2 cawan walnut cincang 

    Cara Penyediaan Biskut Famous Amos Azlina Ina

    1. siapkan mangkuk besar dan campurkan semua bahan 1 dan gaul rata hingga sebati menggunakan whisk.

    2. ayak tepung gandum bersama serbuk koko, soda bikarbonat, tepung jagung, dan serbuk cream of tartar dan masukan tepung kedalam adunan tadi sedikit demi sedikit.

    3. kacau adunan yang sudah dicampur tadi boleh menggunakan spatula hingga rata kemudian masukan chocolate chips dan walnut dan kacau lagi hingga adunan agak lembik.

    4. ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan menggunakan tangan atau boleh juga sudukan kemudian taruh diatas loyang. sesuaikan jarak setiap adunan diatas loyang kerana nanti biksut akan mengembang.

    5. akhir sekali, bakar loyang kedalam oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 20 minit atau hingga masak. dan bila sudah masak angkat dan sejukan biskut. bila sudah sejuk biskut siap dihidangkan.

    Resepi Biskut Famous Amos

    agar boleh mendapatkan biskut yang tidak terlalu rapuh tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan dan bila anda menganggap resepi biskut famous amos yang saya share ini bermanfaat boleh share pada media sosial dibawah dan sampai jumpa di resepi sedap selanjutnya.



    Resepi Kuih Lopes Sedap

    Mengidam nak makan kuih lopes tapi tercari-cari resipi yang paling mudah untuk dibuat? Haa, ini dia cara buat kuih lopes yang paling senang untuk dicuba. Kalau ikut cara ini, tak perlu susah-susah kukus pulut dan tak perlu gulung dalam daun pisang. Sekejap je dah siap buat!

    Cara Buat Kuih Lopes Sedap dan Mudah

    Admin berkongsi Resepi Kuih Lopes sedap dan mudah. Kuih Lopes adalah antara kuih tradisional orang melayu, menggunakan pandan asli untuk menaikkan aroma. Hidangan ini cukup popular sebagai juadah berbuka puasa atau moreh.

    Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit
    Keseluruhan: 35 Minit | Jumlah Hidangan: 4

    Bahan-bahan Kuih Lopes:

    3 cawan beras pulut
    2 cawan santan cair
    1/2 cawan air pandan (dikisar)
    1/2 sudu teh garam
    Beberapa titik pewarna hijau
    Kelapa parut putih yg di gaul dengan sedikit garam
    Daun pisang

    Bahan untuk air gula:
    Daun Pandan
    Gula melaka
    Air

    Cara buat Kuih Lopes

    1. Cuci beras pulut. Rendam 1/2 jam. Tos beras, kemudian masukkan beras, santan cair dan air pandan dalam periuk. Masak seperti memasak nasi.
    2. Panaskan pengukus, potong daun pisang kepada 4 segi, balutkan pulut yang telah dimasak tadi, gulung dalam bentuk silinder biar padat. Ikat dengan kemas. Kukus selama 15-20 minit.
    3. Angkat dan sejukkan. Potong bulat dan gaul dengan kelapa parut. Makan bersama air gula melaka.
          
    Tips: Untuk mudah memotong pulut yang dikukus, boleh cuba potong menggunakan benang yang ditegangkan. 


    Resepi Kuih Bingka Pandan

    Kuih muih tradisional Resepi Kuih Bingka Pandan

    Kali ini admin ingin berkongsi Resepi Kuih Bingka Pandan. Kuih Bingka Pandan adalah kuih tradisional melayu, menggunakan pandan asli untuk menaikkan aroma.

    Bahan-bahan Kuih Bingka Pandan:

    - 400 gram tepung gandum

    - 100 gram tepung beras

    - 500 gram santan

    - 500 gram gula

    - 4 biji telur

    - 5 helai daun pandan

    - 1.5 liter air

    - 1/2 sudu teh garam

    - 25 gram pewarna hijau


    Cara Buat Kuih Bingka Pandan:

    1. Jadikan air pandan. Kisar daun pandan bersama air, tapis dan ketepikan.

    2. Adunkan bersama tepung gandum, tepung beras, santan dan gula sehingga sebati dan tak berketul.

    3. Campurkan dengan air pandan yang telah ditapis dan kacau lagi.

    4. Sediakan loyang, griskan dengan minyak masak. Panaskan seketika dalam oven.

    5. Apabila sudah panas, tapiskan adunan tadi terus ke dalam loyang dan bakar selama satu jam pada suhu 170 celsius nampak kerak di atasnya.

    *Dah agak sejuk [untuk elak kendur ditengah], barulah keluarkan dari oven, potong dan hidangkan.


    Tiada ulasan

    Post Top Ad