• Senarai Resepi Menu Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap

    Resepi Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap. Apabila bulan Ramadhan tiba para ibu yang berada di rumah pastinya memikirkan apakah cadangan resepi masakan dan menu untuk hidangan berbuka puasa dan waktu sahur nanti yang boleh disediakan. 

    Resepi Berbuka Puasa

    Biasanya, resepi berbuka puasa atau menu iftar mempunyai berbagai jenis masakan yang dikongsikan oleh nenek moyang kita sejak dari zaman dulu sehingga kini turun temurun samada nasi atau kuih muih. Sepanjang bulan Ramadhan, sebagai orang Islam kita digalakkan memakan makanan yang sesuai dan sihat untuk tubuh badan supaya boleh berpuasa penuh dalam sebulan. 

    Menu Resepi Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap

    Berikut adalah senarai resepi berbuka puasa yang boleh anda pilih untuk menyediakan menu pilihan mengikut kehendak dan selera masing-masing.


    Resepi Menu Juadah Berbuka Puasa 1.

    Resipi Ikan Siakap Limau Purut

    Resipi Ikan Siakap Limau Purut


    Penyediaan: 15 Minit | Memasak: 25 Minit
    Keseluruhan: 40 Minit | Jumlah Hidangan: 4-6 Orang

      


    Bahan-bahan:1 kg ikan siakap
    Serbuk kunyit
    Garam

    Bahan sos:
    1 labu bawang besar
    5 helai daun limau purut
    10 tangkai cili padi
    1 sudu kecil cili sos
    1 sudu kecil sos tomato
    1 biji tomato
    200 ml air

    Cara menyediakan Ikan Siakap Limau Purut:

    1. Lumurkan ikan siakap dengan serbuk kunyit, garam dan goreng dengan minyak yang penuh dan garing.
    2. Panaskan minyak, tumis bawang, daun limau purut dan cili padi hingga naik bau.
    3. Masukkan sos cili, sos tomato, air dan tomato.
    4. Masak di atas api yang sedernana, masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan angkat. 


    Ikan Siakap Sos Limau Purut


    bahan-bahan:

    1 ekor ikan siakap (i suke belah bhgn perut & biar bhgn tulang belakang die je. not in this picture though)
    bawang putih - cincang halus
    bawang besar - chopped
    halia seinci - hiris halus
    4 sudu makan cili boh
    4 sudu sos ikan Namphla
    3 sudu sos tiram
    daun limau purut 4 helai - hiris halus
    4 sudu jus limau kasturi
    tepung jagung utk goreng ikan, dan utk buat sos
    1/2 cawan air
    garam n gula secukup rasa
    kiub ikan bilis maggi secukupnya
    cili padi 6 batang - hiris halus


    Menu Resepi Berbuka Puasa 2. 

    Resepi Nasi Minyak Terengganu


    Nasi Minyak Terengganu

    nasi minyak terengganu adalah makanan yang biasa disediakan di majlis kenduri kahwin sebagai sarapan pagi. jom kita layan resepi sedap dibawah.

    Bahan Nasi

    • 1 kg beras siam
    • 4 ulas bawang putih - mayang
    • 2 sudu besar marjerin
    • 2 sudu besar minyak masak
    • 2 cm halia - hiris
    • 125 ml susu cair
    • 1 biji bawang besar - mayang
    • 1 1/4 liter air
    • 1 sudu besar minyak sapi
    • 1 helai daun pandan
    • garam secukupnya
    Bahan Tumis Nasi
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 biji buah pelaga
    • 2 kuntum bunga cengkih
    • 1 batang kulit kayu manis
    Bahan Gulai
    • 1 ekor ayam - potong mengikut selera
    • 3 sudu besar cili giling
    • 3 biji kentang dibelah
    • 125 ml santan pekat
    • 3 sudu besat rempah kari
    • 20 ml air asam jawa
    • 2 sudu besar kerisik
    • air secukupnya
    • gula melaka, garam, dan gula secukup rasa
    Bahan Tumis Gulai
    • 3 kuntum bunga cengkih
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 1 batang kulit kayu manis
    • 3 biji buah pelaga
    Bahan Kisar gulai
    • 1 cm lengkuas
    • 1 cm halia
    • 4 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 ulas bawang kunyit putih
    Cara Memasak Nasi Minyak Terengganu

    Masak Nasi

    1. cuci bersih beras kemudian toskan. kemudian panaskan minyak bersamaminyak sapi dan marjerin.

    2. tumis bahan tumis nasi bersama bawang putih, halia, bawang besar, dan daun pandan hingga wangi.

    3. kemudian masukan air dan kacau rata hingga biarkan mendidih. selepas mendidih masukan beras, garam, dan susu.

    4. akhir sekali, kacau rata dan biarkan nasi masak

    Masak Gulai

    1. panaskan minyak dalam kuali kemudian bahan tumis gulai bersama cili giling. masak hingga wangi dan garing.

    2. kemudian masukan bahan kisar dan kacau rata. bila sudah garing masukan rempah kari yang dibancuh bersama air dan kacau rata hingga naik minyak.

    3. masukan ayam bersama kentang dan air asam jawa. biarkan masak sebentar kemudian masukan santan pekat dan kacau sehingga mendidih.

    4. perasakan dengan gula melaka, garam, dan gula secukupnya biarkan hingga kuah pekat dan mendidih. gunakan api sederhana supaya ayam masak sempurna

    5. akhir sekali, angkat dan hidangkan bersama nasi minyak dan acar timun mentah..

    bagaimana mudah sahaja kan resepi nasi minyak terengganu yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi sedap seterusnya. selamat menjamu selera! 


    Menu Juadah Berbuka Puasa 3.

    Resipi Ayam Percik Mudah Dan Sedap

    Ayam Percik Sedap
    Ayam Percik Sedap

    Bahan-bahan Ayam Percik Sedap: 
    1 ekor ayam-dipotong besar sikit
    5 ulas bawang merah-dikisar 
    3 ulas bawang putih-dikisar 
    1 inci halia-dikisar 
    Garam-dikisar 

    Cara menyediakan Ayam Percik Sedap:
    1. Rebus atau kukus ayam terlebih dahulu untuk cepat masak. Tetapi jangan terlalu lama.
    2. Campurkan bahan-bahan perapan dan kisar kesemuanya.
    3. Perap kisaran bersama ayam untuk jangka masa 45 minit.
    4. Bakar ayam yang telah diperap.
    Bahan-bahan(untuk sos) Ayam Percik Sedap:

    • 1.5 inci halia-dikisar
    • 5 tangkai cili kering-dikisar
    • 1 batang serai-dikisar
    • 2 pek santan pekat-dikisar
    • 8 ulas bawang merah-dikisar
    • Cebisan asam keping-dikisar
    • Garam dan gula-dikisar

    Cara sediakan sos Ayam Percik Sedap:

    1. tumis semua bahan-kacau sentiasa dengan api yang perlahan sehingga kuah pekat
    2.  Perasakan dengan sedikit garam mdah gula.
    3. Lumurkan sedikit kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.
    4.  Ulang lumuran berulang kali agar ayam mampu menyerap kuah yang lebih banyak.
    5.  Dan ayam anda yang siap dibakar sedia dihidangkan.
    Ayam percik ni memang istimewa dimakan di makan dengan nasi dan yang paling sedap di makan begitu sahaja. 


    Resepi Juadah Berbuka Puasa 4.

    Resipi Sambal Petai Udang Sedap


    Sambal Petai Udang


     Ok jom kita semak bahan-bahan dan cara penyediaan

     Bahan-bahan 10 ekor udang-buang kulit dan bersihkan. 9 tangkai cili kering-buang biji dan rebus sekejap-toskan. 4 papan petai-kopek kulitnya. 3 labu bawang besar. 1 ulas bawang putih. sedikit belacan. 1 keping asam gelugur. Gula melaka secukup rasa. Garam secukup rasa. Minyak untuk menumis.

     Cara penyediaan Sambal Petai Udang

     Kisar cili kering,bawang besar,bawang putih dan belacan. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan udang serta petai dan gaul sehingga rata. Masukkan garam,gula melaka dan asam keping. Masak sehingga sambal pekat. siap untuk dihidangkan Sambal ni sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas..


    Resepi Berbuka Puasa 5.

    Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap

    Nasi Ayam Hainan
    Nasi Ayam Hainan Sedap

    Bahan-bahan Nasi Ayam Hainan Sedap:

    • **Beras (jangan guna beras wangi) guna dalam 3 sukat.
    • **1 ekor ayam
    • **1/2 ulas halia
    • **3 ulas bawang putih
    • **kayu manis
    • **Daun Pandan dan sedikit garam
    • >> Sos Ikan
    • >> 5 biji Cili Merah
    • >> 1 ulas Halia
    • >> 5 ulas Bawang Putih
    • >>Sedikit air perahan limau/lime
    • >>Gula,garam dan cuka
    • @1/2 ekor ayam (potong 6 ke 8 bhgn dan buang kulitnya)
    • @1 1/2 liter air
    • @1/2 bhgn kubis bulat (potong/hiris sederhana)
    • @2 batang carrots (buang kulit dan potong 4 ke 5 bhgn)
    • @1 biji kentang yang besar (buang kulit dan potong 6 bhgn)
    • @1 - 1.5 sudu kecik garam
    • @1 biji bawng besar (potong separuh)

    Cara-cara Nasi Ayam Hainan Sedap:


    Untuk Nasi: Gunakan bahan2 bertanda **


    1. Ayam di masukkan ke dalam air dan masak. Letakkan daun pandan dan sedikit garam untuk perisa. Jangan masak ayam terlalu lama. masak selama 20 ke 30 minit saja.Janji masak :D

    2. Keluarkan ayam dari air rebusan tadi dan potong ayam beberapa bahagian (ikut suka).Ketepikan dan simpan air rebusan ayam tadi untuk masak nasi dan sup nanti.

    3. Basuhkan beras hingga bersih,ketepikan sementara dan gunakan kuali untuk mengoreng halia dan bawang putih.Goreng hinga naik bau,dan masukkan bahan gorengan tadi kedalam nasi. Masukkan pula air rebusan ayam tadi kedalam beras,kayu manis dan daun pandan. Masakkan nasi tersebut.

    4. Untuk Sos Cili Nasi Ayam Hainan Sedap : Gunakan bahan2 bertanda >>

    5. Kisar cili merah, halia dan bawang putih dengan sedikit air.

    6. Keluarkan bahan kisar tadi kedalam mangkuk dan campurkan sos ikan, cuka,garam dan sedikit gula (agak2 rasanya) Kacau dan gunakan air perahan limau/lime bila hendak makan.

    Untuk Sup Nasi Ayam Hainan Sedap: Gunakan bahan2 bertanda @
    1. Dalam bekas yang besar,didihkan air dan masukkan 1/2 ekor ayam kedalam air mendidih tersebut. Tutupkan bekas tersebut dan biarkan mendidih selama 15 minit ke 20 minit.Gunakan api sederhana besar.

    2. Masukkan pula bawang besar tadi dan carrots dan biarkan lagi mendidih selama 15 minit.

    3. Perhatikan air rebusan tersebut,jika berkurangan boleh tambah sedikit.Masukkan pula kentang dan biarkan juga mendidih selama 15 minit.

    4. Last sekali masukkan kubis tadi dan masukkan sedikit garam untuk rasa.Biarkan kubis lembut dan tutupkan api.

    5. Cara2 hidangan nasi ayam hainan sedap: Ayam untuk makan bersama nasi ayam tadi bolehlah dihidangkan kedalam pinggan dan hidangkan bersama2 timun/daun salad. Untuk perasa ayam tambahkan kicap cair dan minyak bijan diatasnya.

    6. Ok dah boleh makan nasi ayam hainan sedap. Selamat mencuba.

    Resepi Juadah Berbuka Puasa 6.

    Resepi Paru Berlada Sedap Mudah

    Resepi Paru Berlada


    Pehh! Terasa rangup tapi kenyal dan sedap. Memang sedap bila paru tu kita masak berlada. Tak kisahla lada merah, lada hijau semua admin sebat makan.

    Bahan-bahan:
    500g paru - rebus ngan sedikit garam dan halia. 
    2 sudu teh serbuk kunyit  
    3 sudu teh serbuk ketumbar 
    3 ulas bawang putih (dikisar@tumbuk)
    Garam secukup rasa 

    Untuk sambal:
    5 tangkai cili kering 
    3 ulas bawang putih 
    2 biji bawang merah 
    2 tangkai lada@cili merah - cincang 
    1 inci belacan 
    Sedikit air asam jawa 
    Gula melaka @ gula putih 
    Garam 
    minyak secukupnya

    Cara menyediakan Resepi Paru Berlada Sedap Mudah:

    1. Rebus paru hingga empuk. kemudian toskan. potong kecil-kecil & nipis. ketepikan. 
    2. Masukkan serbuk kunyit, ketumbar, bawang putih dan garam ke dalam paru tadi, gaul rata dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 30min. 
    3. Panaskan minyak, goreng paru hingga garing dan angkat toskan. 

    Untuk memasak sambal:
    1. Blend@kisar cili kering, bawang merah dan juga bawang putih. 
    2. Panaskan minyak lebihan mengoreng, tumis bahan-baha blend hingga pecah minyak/lada masak. 
    3. Masukkan lada cincang tadi, masukkan juga belacan, air asam jawa, gula dan juga garam. tumis hingga agak-agak kering. 
    4. Masukkan paru dan goreng lagi hingga garing. Hidangkan.


    Resepi Juadah Berbuka Puasa 7.

    Resepi Ikan Siakap Bakar Sedap

    Ikan Siakap Bakar


    Ikan Siakap Bakar adalah antara hidangan yang cukup lazat. Cubalah Resipi Masakan ini..

    Bahan-bahan:
    - 1 ekor ikan siakap segar
    - 1 labu bawang besar
    - 3 ulas bawang putih

    Bahan2 di atas dikisar halus
    - 2 batang serai di titik saja
    - 4 sudu besar cili kisar
    - 1 kuib knorr ikan bilis
    - 1 biji buah tomato
    - 2 biji limau kasturi
    - Garam dan gula secukup rasa
    - Minyak masak untuk menumis

    Cara menyediakan Ikan Siakap Bakar Sedap:

    1. Panaskan minyak di kuali letakan 2 batang serai yang di titik.
    2. Tumiskan bawang kisar dan cili kisar bersama knorr. Goreng hingga cili nya masak letakan garam dan gula secukup rasa.
    3. Di dulang pembakar, letakan aluminium foil dan daun pisang.
    4. Letakan ikan nya dan buah tomato hiris. Tuangkan sambal dan balut ikan nya. Panaskan ketuhar pada suhu 170C.
    5. Letakan ikan dan panggang selama 20mins. Bila sudah masak, buka dan panggang ikan pada api atas untuk 8 mins.
    6. Sajikan dengan perahan jus limau kasturi dengan nasi putih.

    Senarai Resepi Berbuka Puasa Mudah Dan Sedap

    Tiada ulasan

    Post Top Ad