• Resepi Nasi Beriani Gam Batu Pahat Sedap dan Mudah

    Kali ini admin ingin berkongsi resepi terbaik iaitu Resepi Nasi Beriani Gam Batu Pahat. Resepi  ini adalah antara menu popular dikalangan masyarakat Malaysia. Hidangan ini memang terbaik jika disajikan untuk juadah berbuka puasa atau juadah hidangan hari raya. Cubalah Resipi Masakan ini..

    Resepi Nasi Beriani Gam

    Resepi Nasi Beriani Gam Putrajaya Sedap dan Mudah

    Bahan-bahan:
    2 kilogram beras basmati
    100 gram bawang merah – dihiris
    50 gram bawang putih – dihiris
    50 gram halia – dihiris
    1/2 tin susu cair
    Empat sekawan – bunga lawang, cengkih, jintan dan kayu manis
    1 biji tomato – dipotong empat
    2 tangkai cili merah – belah dua
    2 tangkai cili hijau – belah dua
    5 gram daun sup atau daun bawang – potong 1 1/2 inci
    3 gram daun ketumbar
    Bahan perasa secukupnya

    Cara menyediakan:
    1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk nasi bersama semua bahan yang dinyatakan.
    2. Tanak nasi menggunakan periuk memasak elektrik. Apabila nasi kering, ambil sedikit minyak daripada kuah beriani dan siram sedikit ke atas nasi tadi.
    3. Biarkan nasi itu dalam periuk seketika iaitu kira-kira lima minit, kemudian hidangkan bersama dalca, pajeri serta papadom.


    Resepi Nasi Beriani Batu Pahat


    Resipi asal daripada pakcik saya yang biasa memasak untuk kenduri, tapi saya sudah ubah suai sikit untuk lebih memudahkan =)
    Nasi beriani ni memang glamour di tempat saya, sedap dimakan bersama daging baryani, ayam masak merah dan paceri nanas.

    BAHAN-BAHAN

    3 cawan beras basmathi
    Sedikit rempah tumis
    *6 ulas bawang merah (kisar)
    *5 ulas bawang putih (kisar)
    *2 inci halia (kisar)
    Setengah biji bawang besar (hiris)
    Sedikit daun pudina, daun bawang dan daun sup
    2-3 sudu makan minyak sapi
    1 sudu teh garam
    Sedikit pewarna kuning
    Gajus dan kismis sebagai hiasan (goreng)
    2 sudu makan rempah beriani
    4 setengah cawan air
    Setengah cawan susu cair

    CARA PENYEDIAAN Nasi Beriani Batu Pahat

    Panaskan minyak sapi, kemudian tumis rempah tumis dan rempah beriani.
    Masukkan bawang hiris, gorengkan sebentar. Kemudian, masukkan pula 2 sudu makan campuran bawang merah + halia + bawang putih yang dikisar tadi. (Baki campuran akan diguna untuk kuah daging beriani).
    Masukkan air, tunggu sampai didih.
    Masukkan daun bawang, daun pudina dan daun sup. Masukkan juga garam. Kemudian, masukkan pula beras. Kacaukan.
    Pindahkan periuk ke dalam periuk nasi (‘rice cooker’). Biar nasi masak.
    Bila nasi dah masak, keluarkan daun-daun yang ada dalam periuk tu. Kemudian tambahkan susu cair ke dalamnya. Titikkan pewarna dan kacaukan.
    Masukkan 2 senduk kecil rempah dari kuah daging beriani ke dalam nasi. Kacau rata. (Nak lebih sedap, masukkan juga 2-3 ketul daging bersama kuah dari kuah daging tu ke dalam nasi).
    Masukkan gajus dan kismis. Sedia untuk dihidangkan.


    Nasi Briyani Gam Asli Muar


    Berikut adalah resepi nasi briyani Gam Asli Muar:-

    Bahan-bahan (untuk Nasi)
    1. 5 cawan* beras basmathi
    2. 1 cawan ghee (minyak sapi)
    3. 1 sudu teh buah pelaga
    4. 1 inci kayu manis
    5. 5 bunga lawang
    6. 1 sudu teh jintan manis
    7. setengah sudu teh koma koma (saffron)
    8. 4 ulas bawang putih -hiris halus
    9. 10 ulas bawang merah - hiris halus
    10. 1 inci halia - hiris halus
    11. 3 sudu makan rempah beriyani (pes)
    12. segenggam gajus
    13. segenggam raisins
    14. 5 cawan air
    15. garam secukup rasa
    (*cawan = cawan kopi)

    Cara-caranya1. Pijarkan minyak sapi
    2. Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga,kayu manis,bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
    3. Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
    4. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
    5. Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
    6. Masukkan saffron, gula dan garam, kacau rata
    7. Kecilkan api. Masak beras sehingga separa masak

    Bahan-bahan untuk lauk

    1. 1 kilo daging batang pinang, potong anggaran 6x6x5 cm
    2. 5 biji kentang (belah dua)
    3. 8 biji telur rebus keras
    4. setengah cawan ghee (minyak sapi)
    5. 1 sudu teh buah pelaga
    6. 1 inci kayu manis
    7. 5 bunga lawang
    8. 1 sudu teh jintan manis
    9. 2 biji bawang besar (yang kuning), hiris
    10. 5 ulas bawang putih - kisar
    11. 10 ulas bawang merah - kisar
    12. 1 inci halia - kisar
    13. 6 sudu makan rempah beriyani (pes)
    14. segenggam gajus
    15. segenggam raisins
    16. Air
    17. Tairu (perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit)/1 cawan yoghurt
    18. garam secukup rasa
    19. 1 atau 2 sudu makan tomato puri

    Cara
    1. Pijarkan minyak sapi, tumiskan bawang besar, bahan kisar dan semua rempah ,campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
    2. Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
    3. Masukkan daging dan kentang dan air (1 inci atas paras daging & kentang). Didihkan.
    4. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk
    5. Masukkan bahan bahan lain dan 2 cawan air lagi. Kacau rata.

    Sekarang bagaimana perkataan "Gam" itu mendapat nama....

    Peralatan
    1. Alat kukusan
    2. Kain muslin, untuk mengalas kukusan
    3. Kain kapas yang agak panjang (3 meter)
    4. Kanji/perekat (masak tepung kanji)
    Cara1. Masukkan lauk yang separa masuk kedalam periuk kukusan (tempat yang
    selalunya kita bubuh air)
    2. Alaskan periuk mengukus dengan kain muslin (buat 3 layers)
    3. Masukkan nasi yang separuh masak, gajus dan raisins (lihat bahan untuk nasi)
    4. Tutupkan pengukus, Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
    5. Celupkan kain kapas dengan kanji
    6. Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk dengan pengukus.
    Pastikan iktannya agak kejap. Supaya wapnya tidak keluar.
    7. Letak atas api yang perlahan
    8. Masak sehingga lebih kurang 1 jam
    9. Buka lilitan dan buka tutup pengukus
    10. Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak .
    11. Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.

    Untuk menghidang1. Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
    2. Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
    3. Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
    4. Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
    5. Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
    6. Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan
    P/S:  Rempah biryani yang sedap ialah rempah asli biryani Muar. Kalau ke Muar, boleh cari di kedai Haji Adnan (orang Muar kenal sebagai Aji Anan), berhadapan jalan pasar Muar. Tanya orang di kawasan pasar tu, semua tahu. Kalau rasa-rasanya tak sempat nak sampai ke Muar tapi nak cuba juga masak, Saya cadangkan cari rempah biryani Faiza (company Faiza herba poni ..) sebab Pn Faiza ni pun geng biryani from Batu Pahat. Kalau tak jumpa juga, boleh lah guna rempah biryani Maggi (paste dalam botol atau dalam packet). Saya fikir kalau di bandar besar mungkin akan jumpa Sharwood's Biryani Paste dalam botol (yang cantik) tapi ianya cukup mahal.


    SELAMAT MENCUBA....... 

    Tiada ulasan

    Post Top Ad