• Resepi Mee Kari Sedap dan Simple

    Resepi Mee Kari yang memang sangat sedap dan dimasak menggunakan air rebusan udang. Boleh dikatakan penyediaan mee kari ni agak remeh sebab bahannya memang banyak, termasuk bahan untuk hiasan atau taburan dia atas hidangan, tapi itulah yang menariknya tentang mee kari. Bagi saya kombinasi seafood iaitu kerang dan udang juga sememangnya menambah lebih perisa untuk kuah kari. Selalu orang hidangkan mee kari pada hari-hari istimewa seperti juadah berbuka atau hidangan sambutan rumah terbuka.

    Mee Kari Sedap

    Resepi Mee Kari Sedap dan Simple

    Mee Kari ni adalah antara menu kegemaran untuk hidangan minum petang yang cukup sedap dan lazat, walaupun hidangan agak remeh tapi berbaloi. Selamat mencuba resepi masakan ini..

     Masa Penyediaan: 30 minit, Masa Memasak:30 minit, Jumlah Hidangan:8 orang

    Bahan-Bahan:
    1 kg mee kuning
    500 gram ayam, potong kecil
    1 kg kerang, rebus dan ambil isi
    300 gram udang, buang kulit
    2 cawan air rebusan dari kulit udang yg dibuang
    10-15 biji bebola ikan (fish ball)
    3 keping kek ikan (fish cake)
    4 sudu besar rempah kari ayam, bancuh menjadi pes pekat
    2 keping asam gelugor
    1 biji kentang atau 1/2 biji keledek merah, rebus dan lecek halus
    2 cawan santan pekat
    2 cawan santan cair
    (boleh digantikan dengan santan kotak)

    Bahan untuk rempah tumis:
    1 batang kayu manis
    3 kuntum bunga lawang
    3 kuntum cengkih
    5 biji buah pelaga
    2 tangkai daun kari

    Bahan untuk kisar halus:
    6 biji bawang merah
    4 ulas bawang putih
    1 inci halia
    1 inci lengkuas
    1 batang serai, hiris nipis
    10 tangkai cili kering, rebus dan toskan air
    2 sudu besar udang kering, rendam sehingga lembut.

    Bahan untuk hiasan:
    4 biji telur rebus, potong dua
    2 tangkai sawi, potong dan rebus
    bawang goreng
    limau kasturi, potong dua
    taugeh
    daun bawang
    cili merah
    tauhu kering goreng
    *saya rebus udang dan letak sebagai hiasan istimewa

    Cara Penyediaan Mee Kari:

    Panaskan air sehingga mendidih dan celur mee kuning seketika. Angkat dan toskan.
    Panaskan minyak, masukkan bahan rempah tumis dan kacau sehingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar halus bersama pes rempah kari. Kacau sehingga agak garing dan betul-betul pecah minyak.
    Masukkan ayam dan kacau seketika sehingga separuh masak kemudian tuang air rebusan udang dan santan cair. Masak kuah sehingga mendidih.
    Masukkan pula santan pekat, bebola ikan, kek ikan, udang, kerang, asam gelugor dan kentang (ataupun keledek) lecek. Kacau kuah semasa proses memasak supaya santan tidak pecah minyak.
    Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    Hidangkankan mee bersama bahan hiasan dan tuang kuah secukupnya.


    Resepi Mee Kari Sedap 2

    Bahan-bahan:

    1/2 ekor ayam bhg tulang2

    1 paket fish ball

    5 tauhu sponge dipotong 2

    Santan fresh

    6 ulas bawang merah-dikisar

    6 ulas bawang putih-dikisar

    1 labu bawang besar-dikisar

    1 inci halia – dikisar

    3 batang serai – diketuk

    2 sudu besar rempah daging-dibuat pes

    2 sudu besar rempah ikan-dibuat pes

    Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

    Garam dan gula secukup rasa

    Daun kari

    Air asam jawa


    Bahan tambahan:

    1 kilo mee kuning

    Limau kasturi

    Bawang Goreng


    Cara menyediakan Resepi Mee Kari:

    1. Panaskan minyak,tumiskan rempag ratus dan daun kari.Kemudia masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik baunya.

    2. Masukkan pes kari dan sedikit santan.Setelah rempah dah pecah minyak, masukkan ayam, serai ketuk dan santan juga ditambah airnya.(ikut la nak pekat atau sedikit cair kuahnya)

    3. Bila kuah dah mendidih masukkan air asam atau asam keping, fish ball dan tauhu sponge. Tambah kan garam dan gula secukup rasa. Renehkan kuah seketika dengan api perlahan.

    4. Untuk hidangan boleh lah dihidangkan bersama bahan-bahan sampingan.

    Selamat mencuba Resepi Mee Kari Sedap dan Simple.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad