• Resepi Kambing Panggang Sos Asam

    Admin kali ni ingin berkongsi Resepi Kambing Panggang Sos Asam. Resipi Kambing Panggang Sos Asam ni adalah antara menu yang istimewa untuk hidangan tengahari yang cukup sedap dan lazat. Cubalah resepi masakan ini.

    Resepi Kambing Panggang

    Resepi Kambing Panggang Sos Asam

    Penyediaan: 20 Minit | Memasak: 40 Minit

    Keseluruhan: 80 Minit | Jumlah Hidangan: 4-6 Orang

     

    Bahan-bahan Kambing Panggang:

    1 kg kambing (lamb shoulder)

    200 ml minyak

    80 gm belacan

    100 ml air asam jawa


    Bahan dikisar:

    10 ulas bawang merah

    10 ulas bawang putih

    6 cm halia

    3 batang serai


    Bahan B:

    2 kuntum bunga kantan - dihiris

    80 gm daun kesum

    20 tangkai cili kisar

    80 gm udang kering - ditumbuk

    100 gm belimbing buluh

    Garam secukup rasa


    Cara menyediakan Kambing Panggang:

    1. Bersihkan kambing dan potong ikut suka. Kemudian perapkan dengan bahan kisar selama 3 jam.

    2. Kemudian bakar di atas kuali leper sehingga masak.

    3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.

    4. Kemudian masukkan cili dan udang kering. Tumiskan sehingga pecah minyak.

    5. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan belimbing buluh.

    6. Akhir sekali, masukkan asam jawa, belacan dan garam secukup rasa. Setelah masak, hidangkan dengan kambing tadi.


    Bahan-Bahan: 1 kg kambing (bahagian kaki) 200 ml minyak 80 gm belacan 100 ml air asam jawa Bahan Kisar: 10 ulas bawang merah 10 ulas bawang putih 6 cm halia muda 3 batang serai (Bahan kisar dibahagikan dua) Bahan B: 2 kuntum bunga kantan 80 gm daun kesum 20 tangkai cili kisar 80 gm udang kering 100 gm belimbing buluh Garam Cara Menyediakan: 1. Bersihkan kambing dan potong ikut suka. Kemudian perapkan dengan bahan kisar selama 3 jam. 2. Kemudian bakar di atas kuali leper sehingga masak. 3. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau. 4. Kemudian masukkan cili dan udang kering. Tumiskan sehingga pecah minyak. 5. Selepas itu, masukkan bunga kantan, daun kesum dan belimbing buluh. 6. Akhir sekali, masukkan asam jawa, belacan dan garam secukup rasa. Setelah masak, hidangkan dengan kambing tadi.

    Selamat mencuba Resepi Kambing Panggang sos asam.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad