• Nasi Beriani Udang Sedap dan Mudah

    Anda pernah cuba buat sendiri Resepi Nasi Beriani Udang di rumah? Jika tidak pernah, anda harus cuba resipi perkongsian ni. Sedap sangat! Malah hasilnya juga sangat lembut, segar dan yang paling penting, terjamin kebersihannya. Bila buat sendiri, anda boleh kawal penggunaan bahan pengawet dan juga MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa ragu. Bahan Nasi Beriani Udang yang digunakan pun sangatlah mudah dan ringkas. 

    Jadi, selamat mencuba!. Seterusnya masukkan semua bahan-bahan lain termasuk udang ( kecuali pewarna kuning telur & garam). Masukkan bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi. Bila nasi dah masak, baru titiskan pewarna secukupnya.


    Nasi Beriani Udang

    Resepi Nasi Beriani Udang Sedap dan Mudah

     Resepi Nasi Beriani Udang Sedap dan MudahTengah hari ni, makan "nasi beriani udang"...Guna udang galah lagi u, jangan jeles yeaa makcik2, pakcik2, ibu2 dan bapak2 semuaa..ahaks (mesti ada yang meluat lepas baca, kannn!!). Resipi dapat kat blog kak liza, plan nak buat semalam, tapi terbantut. Biasalah apa yang kita lakukan, semua digerakkan oleh Allah swt....kannn!!

    BAHAN-BAHAN:

    • 500gm beras basmathi ( di cuci )
    • 500gm  udang besar ( bersihkan misai dan tanduk tajam dgn mengunting (kepala jangan buang). Kopek kulit tengah badan dan belah belakang buang urat.

    Bahan-bahan untuk peram udang:

    • 1 biji limau nipis atai 1/2 biji lemon perah jusnya.
    • 1 sudu besar (tbsp) pes halia bawang putih.
    • garam secukup rasa.

    4 biji bawang besar dihiris halus. Bahagikan sama rata kuantiti bawang hirisan ini kepada 3 bahagian.

    1 helai daun pandan ( disimpul ),

    3 biji tomoto di potong kiub kecil.


    Bahan-bahan untuk Nasi Beriani Udang


    • 4 sudu besar (tbsp) biji ketumbar.
    • 2 sudu besar biji jintan manis.
    • 2 sudu besar biji jintan manis.
    • 1 sudu besar biji kas-kas.
    • 2 inci kayu manis.
    • 5 kuntum bunga cengkih.
    • 5 biji buah pelaga.
    Kesemua rempah di atas panaskan kuali dan masukkan. Goreng kering  sehiingga sedikit kehitaman dan asap mula dikeluarkan oleh rempah. Jangan sampai hangus. Buah pelaga itu kopek kulit, cuma mabil bijinya. kulit buang. Kisar semua rempah ini diblender kecil atau coffee blender sehingga halus.  Kta jangan pulak guna rempah beriani kerana udang dan daging atau ayam lain pula jenis rempahnya. Kalau beli rempah tersedia seperti baba’s atau adabi tentukan anda beli jenis  serbuk kari untuk daging atau ayam lain dengan ikan atau masakan kari hasil laut.

    Bahan-bahan untuk menyediakan masala atau rempah basah:

    • 2 batang cili hijau.
    • 1/2 cawan daun ketumbar dicincang halus.
    • 1/2 cawan daun pudina.
    • 1 sudu besar (tbsp) safron strands atau dalam bahasa kita stigma bunga kum-kum. Safron ini sangat mahal dan berikan rasa yang sangat pesona dengan warna yang ghairah, Kalu payah nak cari gunakan warna oren merah sedikit.
    • 3-5 sudu besar (tbsp) susu panas.
    • 5-7 sudu besar miinyak masak untuk goreng.
    • Sedikit daun ketumbar untuk hiasan.
     
    PENYEDIIAAN BERAS BASMATHI:

    1. Basuh beras cuma sekalii atau dua. Toskan dan masukkan ke dalam air panas. Rendam selama 15-20 minit. Toskan dan simpan tepi dalam penapis.
    2. Masak beras dalam periok nasi seperti biasa (kadar nisbah air dan beras 1:1) dengan masukkan sedkit garam dan 1/2 sudu kecil gula bersama dengan satu sudu kecil (tsp) minyak sapi. Masukkan susu bersama denga safron atau warna oren merah. Mamak haji ingin jadikan nasi beriani berwarna oren merah. Tetapi nasi beriayani tidak perlu diwarnakan cuma safron sudah cukup.
    3. Masak nasi ini perlu takat masak nasi cukup masak saja. Bila switch rice cooker tendang terus matikan suisnya. Tak perlu ia ditanak sehingga kering keluarkan nasi yang masih berair itu dan tapiskan.Maksudnya ia cuma masak dalam lebih sedikit 3/4 bahagian beras.
     

    PENYEDIAAN UDANG MASALA UNTUK NASI BERIYANI:


    1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Goreng udang dalam suhu panas untuk dapatkan warna kemerahan kulit udang. Tujuannya ia lah sekiranaya kita masukkan begitu saja udang, warna kulit udang cuma putih atau kuning dan tdak menarik. Selama 3 minit sudah mencukupi. Keluarkan udang yang telah goreng dan simpan.
    2. Panaskan periok, goreng satu bahagian bawang hirisan dari tiga bahagian tadi. Goreng sehingga bawang ranggup dan kuning keemasan. Keluarkan kesemua bawang goreng dan tapiskanminyak dan diletakan diatas kertas tuala dapur. Minyak gorengan bawang kita perlu gunakan kembali. Bawang goreng rangup untuk hiasan diatas hidangan nasi beriyani kelak nanti.
    3. Dengan minyak gorengan bawang tadi, masukkan lagi 1 bahagian lagi bawang hirisan. kali ini kita layukan saja bawang ini.
    4. Masukkan rempah basah bersama dengan daun pandan. Goreng sehingga pecah minyak.
    5. Masukkan udang yang telah digoreng tadi kedalam periok. Masukkan sekali rempah kerng yang telah disediakan. Goreng sehingga udang anda masaqk cukup. Jangan terlalu lama nanti udang anda jadi kecut, kerana dalam ansi pun udang ini pasti masak lagi. dalam 4-5 minit cukup.
     

    PENYEDIAAN TERAKHIR HIDANGAN NASI BERIYANI UDANG:


    1. Sapukan minyak sapi sekeling perik bahagian dalam (mamak haji katakan periok kalau tebal dibahagian bawah amat sesuai seperti periok pressure cooker). Masukkan separuh dari nasi yang telah disediakan, dikuti dengan hidangan masala dan diatas sekali kembali nasi separuh yang lagi.
    2. Masak nasi ini perlu berhati-hati, kita perluakan  setiap wap dihasilkan untuk masak nasi kali terakhir dengan sempurna. Maka anda perlu tutupkan setiap rongga dengan gam tepung. Inilah dipanggil nasi beriani gam. Ambil kain yang panjang , rendamkan dalam air tepung gandum yang pekat dan salut tudung diatas periok.
    3. Sekiranya takut nasi jadi hangit kerana api kecil dapur gas adalah mungkin keras bagi masak nasi beriani ini, lapikan dengan kuali leper dibawah periok anda. Bagi peniaga yang punyai Baine Mary boleh masak nasi ini dengan guna tray di atas pemanas makanan ini. Kalau payah juga gunakan ketuhar / oven masak nasi ini dalam suhu pemanas makanan 60-70 C. Resepi Nasi Beriani Udang Sedap dan Mudah.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad