• Resepi Kimchi Mudah, Halal dan Sedap

    Resepi Kimchi Mudah, Halal dan Sedap. Manakan tidak, hidangan ini bukan sahaja menyihatkan. Malah, sungguh lazat dinikmati begitu sahaja ataupun dengan nasi.

    Tetapi tahukah anda, kimchi sebenarnya mudah untuk dihasilkan di rumah. Walaupun anda perlu menyediakan kimchi dalam kuantiti yang banyak, kimchi boleh bertahan lebih dari 5 bulan jika disimpan di peti sejuk

    Resepi Kimchi Halal dan Sedap

    Resepi Kimchi
    Kimchi Halal dan Sedap


    Bahan-bahan peram:
    2 kg kobis panjang
    2 sudu mkn garam

    Bahan-bahan sos kimchi:

    2 sudu mkn cili kering yang dah digiling
    2 sudu makan sos ikan.
    1 sudu mkn gula perang
    1 sudu mkn garam
    1 batang daun bawang
    3 ulas bawang putih
    1 labu bawang besar
    3 cm halia


    Cara menyediakan Kimchi Mudah:

    1. Basuh kobis panjang dengan bersih dan potong sepanjang 1 inci.
    2. Gaulkan kobis panjang dengan garam dan biarkan semalaman.


    Sos:
    1. Kisar bawang putih, bawang besar dan halia
    2. Hiris daun bawang, kemudian gaulkan bahan kisaran dengan cili, sos ikan, garam, gula perang, dan daun bawang biarkan selama setengah jam..


    Pencampuran:
    1. Guna sarung tangan campurkan sos dan kobis, pastikan semua kobis bersalut dengan sos.
    2. Masuk dalam bekas kedap udara dan biarkan selama 4 hari dalam peti sejuk. Hidangakan..


    Cara Buat Kimchi Mudah, Halal dan Sedap

    4-5 kilogram kubis panjang
    1 biji lobak putih
    2 biji lobak merah
    Daun bawang
    1 cawan garam
    1 cawan bawang putih
    1 inci halia
    1 biji bawang kuning
    2 cawan Gochugaru atau kepingan cili (boleh dibeli secara online atau di pasar raya)
    ½  cawan tepung beras
    ½ cawan gula
    3 cawan air
    1 cawan sos ikan

    Ikuti pula cara membuatnya seperti di bawah:


    1. Potongkan kubis panjang bersaiz kecil dan rendamkan sebentar di dalam air. Tapiskan.
    2. Kemudian, gaulkan kubis dengan garam.
    3. Perapkan kubis selama 2 jam. Gaulkan kubis setiap 30 minit.
    4. Untuk menyediakan bubur, masakkan air dan tepung beras pada api yang perlahan sehingga mendidih. Pastikan bubur sentiasa dikacau supaya sebati. Apabila sudah mendidih, tutupkan api.
    5. Masukkan gula dan didihkan bubur sekali lagi. Tutupkan api dan biarkan sejuk.
    6. Kemudian, potong nipis lobak merah, lobak putih dan daun bawang.
    7. Seterusnya, kisarkan bawang putih, halia, bawang kuning dan sos ikan sehingga halus.
    8. Untuk menghasilkan pes kimchi, gaulkan bubur, campuran bawang putih dan sos ikan dan serbuk cili. 
    9. Tambahkan perasa seperti garam dan gula mengikut cita rasa anda.
    10. Setelah kubis selesai diperap selama 2 jam, bilaskan dengan air untuk menghilangkan rasa masin. 

    Cuci sekurang-kurangnya 3 kali.


    11. Apabila semua bahan sudah disediakan, gabungkan pes kimchi dengan lobak merah, lobak putih dan daun bawang.
    12. Kemudian, gaulkan pula kubis panjang dengan campuran pes kimchi dan sayuran.
    13. Apabila kubis sudah disaluti pes kimchi dengan rata, gulungkan sehingga ketat untuk mengurangkan rongga udara.
    14. Simpankan di dalam bekas. Pastikan setiap kubis disusun dengan mampat.
    15. Simpankan kimchi di luar selama 1½ hari untuk proses penapaian.
    16. Setelah ditapaikan, simpankan di dalam peti sejuk.

    Selamat mencuba Resepi Kimchi Mudah, Halal dan Sedap.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad