• Resepi Ikan Masak Singgang Mudah Dan Sedap

    Resepi Ikan Masak Singgang Mudah Dan Sedap. Hi, apa khabar sihat ke? hari ini saya ingin kongsikan resepi ikan masak singgang. resepi ni makanan paling mudah dan senang dimasak sebab bahan-bahan dia simple saja.


    tapi first time saya memasak ikan tongkol singgang ni ialah ketika masih bujang, sekarang, bila saya sedang malas sangat masak saya akan membuat ikan singgang ni setiap 1 bulan sekali.

    Resepi Ikan Singgang

    Resepi Ikan Masak Singgang

    resepi ikan singgang begitu mudah disediakan dan menjadi lauk kegemaran orang pantai timur terutamanya terengganu dan kelantan. selain ikan singgang ikan lainya juga boleh anda cuba kerana rasanya juga sedap seperti ikan tongkol, ikan kembung, dan ikan kayu.

    masakan ini ialah makanan sihat kerana tiada minyak dan sangat sesuai untuk orang yang berdiet sebab rendah kalori. ikan singgang versi kelantan biasanya tiada kunyit dan menggunakan banyak lengkuas.

    jom langsung saja kita layan resepi dibawah

    Bahan-Bahan Ikan Masak Singgang:

    • 5 potong ikan tongkol
    • 7 biji cili api - belah 2
    • 3 biji bawang putih - hiris nipis
    • 3 biji bawang merah - hiris nipis
    • 1 biji bawang besar - hiris nipis
    • 3 keping asam keping
    • 2 batang serai - dititk
    • 2 inci halia - hiris nipis
    • 2 inci kunyit hidup - hiris nipis
    • 2 inci lengkuas - hiris nipis
    • air secukupnya
    • garam secukupnya

    Cara penyediaan Ikan Masak Singgang

    1. mula-mula panaskan air dalam periuk hingga mendidih kemudian masukan semua bahan yang dihiris nipis bersama serai,dan biarkan sampai semua bahan agak layu.

    2. kemudian masukan asa keping kacau perlahan dan biarkan hingga kuah kembali mendidih, selepas tu masukan ikan dan kacau perlahan.

    3. tutup dan biarkan hingga ikan masak dan bila ikan sudah masak masukan cili api dan kacau perlahan agar ikan tidak hancur. 

    4. perasakan dengan garam secukupnya dan bila sudah masak ikan singgang siap untuk dihidangkan.

    Resepi ikan masak singgang sangat sesuai untuk menu hidangan makan malam dan sampai jumpa diresepi sedap selanjutnya :)

    Tiada ulasan

    Post Top Ad