• Resepi Ikan Tongkol Masak Merah

    Resepi Ikan Tongkol Masak Merah. Akhir sekali pagi tadi saya memasak ikan tongkol masak merah, ikan tongkol sudah menjadi kegemaran saya sekeluarga. saya pertama kali makan resepi ni ialah ketika semasa berkunjung ke rumah saudara.

    Ikan tongkol ni selalunya sedap dimasak dengan cara apapun dan dimakan dengan nasi dagang. beberapa bulan yang lalu saya juga sudah cuba memasak ikan tongkol dengan pelbagai resipi yang boleh anda baca dibawah ini.

    Resipi Ikan Tongkol Masak Merah



    Tongkol Masak Merah

    Isi ikan tongkol agak keras tak macam ikan-ikan lain, jadi biasanya apabila saya hendak masak ikan tongkol saya rebus dahulu. tak perlu risau isi ikan tongkol menjadi lembik malah rasanya lebih sedap.

    Okay, jom kita layan resepi ikan tongkol masak merah sedap dibawah

    a) Ikan Tongkol Rebus


    Bahan-Bahan
    • 1 ekor ikan tongkol - potong saiz sesuai selera dan bersihkan
    • 1/2 sudu garam
    • 4 hiris lengkuas
    • minyak untuk menggoreng
    • sedikit air - untuk merebus
    • 1 keping asam gelugor
    Cara-Cara

    1. Rebus air kedalam periuk dan bila sudah mendidih masukan ikan dan masukan pula asam keping, garam, dan lengkuas.

    2. bila air rebusan sudah agak kering boleh matikan api, kemudian panaskan minyak dan goreng ikan tadi hingga garing. angkat dan ketepikan

    3. air rebusan ikan tongkol tadi jangan dibuang boleh digunakan untuk membuat sambal tumis.

    b) Sambal Tumis Ikan Tongkol


    Bahan-Bahan
    • 4 sudu cili giling - kisar
    • 1 ulas bawang besar - dihiris
    • 4 ulas bawang merah - dikisar
    • 2 ulas bawang putih - dikisar
    • 1 helai daun limau purut - opsyenal
    • 1/2 inci halia - dikisar
    • 1 batang serai - dikisar
    • sedikit serbuk perasa maggi
    • 2 sudu besar gula
    • 1/2 sudu kecil asam jawa
    • garam secukupnya

    Cara-Cara Ikan Tongkol Masak Merah


    1. panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis semua bahan kisar hingga harum dan agak pecah minyak.

    2. masukan gula dan asam jawa dan kacau sekata, selepas tu masukan air rebusan ikan tongkol tadi. kemudian masukan garam dan serbuk perasa.

    3. kacau rata kemudian masukan bawang besar dan daun limau purut bila ada, kemudian masukan ikan tongkol yang sudah digoreng tadi dan kecilkan api.

    4. kacau rata hingga bumbu masuk kedalam isi ikan tongkol dan biarkan seketika.

    5. bila ikan tongkol sudah masak boleh padamkan api dan ikan tongkol masak merah sudah siap untuk dihidangkan.

    bagaimana mudah kan resepi ikan tongkol masak merah yang saya kongsikan dan sampai jumpa lagi diresepi sedap berikutnya. 
    resepi ini saya rujuk disini http://kisahkita-story.blogspot.co.id/2013/11/resepi-ikan-tongkol-masak-merah.html

    Tiada ulasan

    Post Top Ad