Permohonan eGTukar Guru Secara Online
Permohonan eGTukar Guru 2022 Online. Permohonan pertukaran guru secara online menerusi Modul eGTukar untuk sesi 2022 telah dibuka mulai 18 Februari 2022.
Permohonan perpindahan guru secara atas talian ini adalah bagi pertukaran guru KPM di seluruh Malaysia antara bahagian/negeri, antara daerah dan dalam daerah. Ia meliputi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42 , DG44 (KUP Time-based), DG48(KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based).
Cara Memohon Pertukaran Guru
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang online di laman web aplikasi Sistem Pertukaran Guru Secara Online e-GTukar di pautan berikut:https://epgo.moe.gov.my/
Bagi pengguna kali pertama, pastikan anda mendaftar terlebih dahulu di sini untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
Untuk maklumat lanjut sila baca syarat pertukaran (di sini), panduan permohonan e-GTukar (di sini), serta senarai guru-guru yang tidak dibenarkan membuat pertukaran melalui EGTukar (di sini).
Kelulusan pertukaran bergantung kepada tiga perkara utama iaitu keperluan perkhidmatan, kekosongan jawatan, dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang perlu mengikut pasangan, sakit kronik, serta ancaman keselamà tan dari pihak ketiga.
Tarikh Tutup Permohonan eGTukar
Tarikh tutup sistem permohonan eGTukar sesi 2022 adalah (akan dikemaskini).
Semakan Keputusan eGTukar
Tarikh semakan keputusan permohonan pertukaran guru eGTukar sesi 2022 akan dikemaskini bila diumumkan. Semoga maklumat permohonan eGTukar guru KPM ini berguna buat para guru yang ingin berpindah sekolah.
Tiada ulasan