• Resepi Nasi Ayam Madu Padu

    Admin berkongsi resepi terbaik iaitu Resepi Nasi Ayam Madu. Nasi Ayam Madu merupakan salah satu hidangan yang digemari ramai. Ia tidak jauh bezanya dengan nasi ayam biasa, tetapi ayamnya yang diperap dengan madu menjadikan ia lebih sedap dan memiliki aroma yang memikat. 

    Resepi Nasi Ayam Madu

    Keenakkannya membuatkan ia sesuai dimakan pada bila-bila masa. Cubalah Resepi Masakan nasi ayam madu..


    Nasi Ayam Madu

    Nasi Ayam Madu Viral


    Bahan-bahan:
    1. 1/2 ekor ayam
    2. 1 bungkus sup bunju
    3. 3 sudu besar madu
    4. 2 sudu besar sos tiram
    5. Garam dan lada sulah secukup rasa

    Tumbuk/Kisar:
    1. 5 ulas bawang merah
    2. 5 ulas bawang putih
    3. 1 inci halia

    Cara menyediakan Nasi Ayam Madu:

    1) Tumis bawang merah, putih dan halia yang dikisar hingga wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Biar 3 minit.

     2) Masukkan ayam dan masak hingga empuk lebih kurang 10-15 minit. Tambah garam dan lada sulah.Ketepikan dan biar sejuk sebentar.

    3) Keluarkan ayam dan ambil kuah sup. Masukkan ke dalam periuk nasi bersama beras yang telah dicuci dan sedikit garam. Jumlah kuah mesti sama dengan banyak air kalau masak nasi biasa.

    4) Semasa nasi tengah masak, lumurkan ayam dengan sedikit hirisan bawang putih, sos tiram dan madu. Goreng (jangan terlalu lama sebab ayam dah masak). 


    Nasi Ayam Madu Padu


    Bahan untuk ayam (direbus) :

    1 ekor ayam dipotong 8
    2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    2 cm halia, ditumbuk halus
    1 kiub ayam


    Bahan untuk ayam (diperap) :

    1 sudu besar kicap pekat
    1 sudu besar sos tiram
    1 cm halia, ditumbuk halus
    2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    1 sudu besar kicap cair
    Sedikit madu untuk sapuan


    Bahan untuk nasi:

    3 cawan beras
    4 cawan air rebusan ayam
    2 sudu besar butter
    1 cm halia ditumbuk halus
    3 ulas bawang putih ditumbuk halus
    Sedikit garam
    2 bunga lawang*
    4 buah pelaga*
    1 kayu manis*
    1 batang serai ketuk
    2 helai daun pandan
    Sedikit kunyit untuk warna dan aroma


    Bahan untuk sos:

    5 biji cili merah
    3 ulas bawang putih
    2 cm halia
    1 sudu besar cuka
    1 sudu teh garam
    1 sudu teh gula
    1/2 cawan air rebusan ayam


    Bahan untuk sup:

    Air rebusan ayam
    1 biji bawang besar, dikisar
    Rempah sup bunjut
    Garam
    Daun sup dan daun bawang yg dihiris


    Bahan untuk kuah kicap:

    Kuah kicap perapan ayam di atas
    Kicap manis cap kipas udang
    Sedikit garam
    Air rebusan ayam


    Cara Nasi Ayam Madu:-

    Cara untuk ayam:

    Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
    Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
    Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
    Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.


    Cara untuk memasak nasi:

    Basuh beras dan tos air.
    Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
    Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.
    Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
    Masak nasi seperti biasa.


    Cara untuk memasak sup:

    Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
    Taburkan dengan bawang goreng -dan hirisan daun sup.


    Cara untuk memasak sos:

    Kisarkan semua bahan di atas.
    Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.


    Cara untuk memasak kuah kicap:

    Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

    Selamat mencuba Resepi Nasi Ayam Madu Padu.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad