• Resepi Rare Biskut Sarang Semut

    Biskut Sarang Semut Mudah dan Sedap.  Kian musim raya tiba, anda boleh cuba cara dan resepi buat biskut sarang semut ini, simple dan mudah sahaja untuk dibuat mengikut sukatan cawan yang diberi. Kalau anda masih mencari resepi kuih raya untuk dibuat, anda boleh anda boleh cuba buat biskut sarang semut ini. Ia adalah kuih yang paling kerap dibuat setibanya tiba musim perayaan.

    Biskut Sarang Semut
    Biskut Sarang Semut

    Resepi Rare Biskut Sarang Semut 

    Bahan-bahan untuk membuat biskut ni tidak banyak dan cara untuk membuat doh biskut ni juga sangat mudah. Boleh gunakan whisk atau senduk kayu sahaja untuk pukul adunan sebab adunannya tak perlu dipukul lama sampai kembang. Doh biskut ini perlu diparut untuk mendapatkan doh yang halus-halus seperti sarang semut. Mungkin sebab itulah biskut ini dipanggil sarang semut. 

    Campuran tepung jagung dan juga tepung kastard dalam resepi ini menjadikan biskut ini lembut dan rangup apabila di makan. Gunakan mentega premium untuk hasilkan biskut yang lebih sedap. Untuk hiasannya pula boleh gunakan coklat urai, gula manik atau sebagainya mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing. 

    Bahan-bahan Biskut Sarang Semut:

    • 250g butter
    • 100g gula halus
    • 350g tepung gandum
    • 100g tepung jagung
    • 1 biji kuning telur
    • 1 s/teh esen vanilla
    • Sedikit coklat rice
    • Papercup  secukupnya 

    Cara Biskut Sarang Semut :

    1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla kemudian gaul sehingga rata.
    2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak dan gaul rata.
    3. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam papercup.
    4. Taburkan coklat rice.
    5. Bakar dalam oven dengan suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
    6. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

    Cara 2 Resepi Biskut Sarang Semut

    Bahan-bahan A

    • 250g marjerin
    • 1 cawan gula aising
    • 1 biji kuning telur
    • Esen vanila

    Bahan-bahan B

    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 cawan tepung kastard
    • 2 cawan tepung jagung
    • 1 sudu besar tepung jagung

    Bahan hiasan

    • Gula pasir
    • Serbuk perwarna
    • Chocolate rice

    Cara buat biskut sarang semut

    1. Campurkan semua bahan A, sebatikan dengan senduk kayu.
    2. Campurkan bahan B, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam bahan A sambil diuli menjadi doh.
    3. Bulatkan doh kecil-kecil dan sagat.
    4. Sudukan doh yang sudah disagat dan masukkan ke dalam paper cup.
    5. Campurkan bahan hiasan dan taburkan ke atas doh.
    6. Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit.
    7. Sejukkan pada suhu bilik dan boleh simpan di dalam bekas kedap udara.

    Sumber: Tieha Tajuddin dari Masak Apa Hari Ni


    Cara 3 Resepi Biskut Sarang Semut

    Bahan-bahan

    • 1 buku buttercup
    • 2 cawan teping kastard*
    • 1 cawan tepung jagung*
    • 1 1/2 tepung gandum*
    • 1 cawan gula halus
    • 1 biji kuning telur
    • 1 sudu kecil esen vanila
    • Sedikit perwarna kuning
    • Paper cup
    • Chocolate rice / coklat manik

    Cara buat biskut sarang semut

    1. Ayakkan bahan-bahan bertanda *.
    2. Satukan butter dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
    3. Masukkan kuning telur, esen vanila dan perwarna kuning. Pukul sebati.
    4. Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Jika melekat, tambahkan tepung gandum.
    5. Simpan di dalam peti sejuk selama setengah jam atau boleh parut terus dan masukkan ke dalam paper cup. Hiaskan dengan chocolate rice.
    6. Susun ke dalam baking tray dan bakar menggunakan api atas bawah pada 170°c selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing.

    Sumber: Novelis Affieyza Isahak dari Masak Apa Hari Ni

    Selamat mencuba Resepi Biskut Sarang Semut Sedap.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad