• Resepi Biskut & Kuih Raya Red Velvet

    Resepi Biskut & Kuih Raya | Biskut Red Velvet. Pasti ramai antara anda yang sedang memikirkan apakah biskut yang akan di sajikan untuk hari Lebaran nanti. Mungkin ada juga yang sedang tercari-cari biskut yang sesuai untuk di jual sempena musim perayaan bagi menambahkan pendapatan keluarga.

    Resepi Red Velvet

    Resepi Biskut & Kuih Raya Red Velvet


    Bahan-bahan
    1/2 cawan butter -suhu bilik
    1/2 cawan gula kastor -saya guna gula aising
    1/2 cawan gula perang
    1 biji telur
    1 sudu kecil esen vanila
    NOTA : pukul hingga kembang semua bahan ini - (saya hanya gaul semua bahan hingga sebati menggunakan hand whisk saja)

    kemudian masukkan:-


    1 sudu besar pewarna merah
    1 sudu kecil cuka- (saya guna jus lemon)
    1 sudu kecil soda bikarbonat (saya guna 1/2 sudu kecil)
    1/2 sudu kecil baking powder
    1/4 sudu kecil garam
    1/3 cawan serbuk koko-( saya guna 1/4 cwn serbuk milo)
    1 1/2 cawan tepung gandum


    Cara Membuatnya Biskut & Kuih Raya Red Velvet

    gaul semua bahan menggunakan senduk kayu hingga sebati
    jika lembik masuk peti sejuk sekejap 10 minit
    bulat2kan dan terus bakar.
    jarakkan setiap adunan atas dulang pembakar kerana adunan ni akan mengembang.
    bakar 180c 10 minit - 12 minit


    Memang sedap dan selamat Mencuba Biskut Red Velvet!!!

    Tiada ulasan

    Post Top Ad