Resepi Daging Harimau Menangis Mudah dan Sedap
Resipi Daging Harimau Menangis Mudah dan Sedap. Memandangkan resepi ini sudah viral dengan kisah ibu Neelofa iaitu Noor Kartini Noor Mohammed yang mahu patenkan resipi ini, kami kongsikan 3 resepi Daging Harimau Menangis supaya anda boleh buat sendiri. Anda juga boleh ubah mengikut citarasa anda.
Daging Grill Harimau Menangis dan Sos ala Thai
Anda boleh ikuti resepi daging Harimau Menangis ini untuk disediakan atau dimasak sendiri di rumah. Antara menu yang tengah hit sekarang ni.
Harimau Menangis merupakan antara bahagian daging lembu yang katanya paling lembu sekali. Beberapa hari ini tular dengan menu ini berkaitan hak cipta. Anda tak boleh dah guna trademark ini dan sebagainya.
Resepi Daging Harimau Menangis Mudah
Resepi ini lebih tumpukan kepada bahan perapan dan cara masak daging tersebut. Jadi jom kita tengok penyediaan daging Harimau Menangis bersama-sama dengan sos ala thai.
Bahan-bahan perapan daging
- 5 keping daging
- 4 ulas bawang putih(ditumbuk)
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk paprika
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- 1 sudu kecil serbuk origano
- 1 sudu kecil garam
- 4 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar sos ikan
- 3 sudu besar kicap manis
- 1 sudu kecil kicap pekat
- 4 sudu besar brown sugar
Cara buat daging harimau menangis yang sedap
- Campur semua bahan di atas ke dalam daging, gaul sampai rata dan perap.
- Perap selama 3 jam, kalau nak lagi sedap perap semalaman.
- Panaskan 1 sudu butter atas pan (kuali biasa pun boleh) grill sampai daging bertukar warna perang, nak bakar dalam oven pon boleh.
- Dah masak ketepikan dulu biar daging harimau menangis sejuk.
Bahan-bahan sos ala Thai
- 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 15 biji cili api (ditumbuk)
- 3 sudu sos tiram
- 2 sudu sos ikan
- 1 biji tomato (cincang)
- 1 sudu kecil minyak bijan
- 3 sudu brown sugar
- 1 bawang holland (belah dadu)
- 1 biji lemon/limau nipis
- daun ketumbar (dihiris)
Cara buat sos ala Thai yang mudah
Satukan semua bahan di atas, ikut selera masing-masing kalau nak extra spicy letak cili padi banyak sikit dengan perahan lemon. Selamat Mencuba!Sumber: Puteri Hana Sofia dari Masak Apa Hari Ni
Resepi Daging Harimau Menangis 2
Bahan-bahan
- Lada hitam
- Daging
- 3 sudu kicap manis
- 3 sudu kicap lemak
- 5 sudu sos tiram
- Suku botol madu
Cara buat daging harimau menangis
- Hiris nipis daging senipis yang boleh.
- Tumbuk lada hitam sehingga hancur.
- Letak semua bahan dan gaul rata. Perap semalaman.
- Masak di atas kuali non-stick. Masak daging sehingga kering.
- Siap.
Bahan-bahan sos yang ringkas
- Daun ketumbar
- Air perahan limau/lemon
- Cili
- Gula
- Sos thai
- Bawang putih
Cara buat sos thai
- Hiris daun ketumbar, dan cincang bawang putih.
- Masukkan semua bahan, kacau rata. Siap.
Sumber: Cik Puan Sarah dari Masak Apa Hari Ni
3. Resepi Daging Harimau Menangis dengan Sos Nam Jim Jaew
Bahan perapan daging (perap semalaman)
- Sos lada hitam
- Sos ikan
- Serbuk lada hitam
- Minyak masak (buat daging lebih juicy)
- Sos tiram
- Gula perang
- Garam
- Daging (hiris nipis atau kecil)
Bahan Sos Nam Jim Jaew
Bahan A (tumbuk kasar)
- Cili api merah & cili api hijau
- Gula perang
- Akar daun ketumbar
- Beras (disangai dan ditumbuk sedikit halus untuk kuah yang pekat)
Bahan B
- Air asam jawa
- Sos ikan
- Jus limau nipis
- Gula perang
- Garam
- Bawang merah (dicincang)
- Bawang putih (dicincang)
- Daun ketumbar (dicincang)
Cara membuat daging harimau menangis dan sos Nam Jim Jaew
- Campurkan bahan A & B sehingga sebati. Adjust ikut citarasa masing-masing.
- Grill atau masak daging dalam kuali dengan api sederhana.
- Makan dengan lettuce, gulungkan kepingan daging, timun dan tomato dalam lettuce.
- Celup dalam sos dan siap.
Tiada ulasan