• Resepi Mee Rebus Asli Johor Tersedap dan Mudah

    Resepi Mee Rebus Asli Johor Tersedap dan Mudah

    Ini dia ada cara simple buat mee rebus johor. Memang sedap dan menyelerakan. Mee Johor ini  bukan sahaja popular dan disukai dalam kalangan orang johor sahaja bahkan warga negeri lain juga turut menyukainya. Kepada yang belum pernah merasainya, korang wajib rasa. 

    Mee Rebus Johor

    Resepi Mee Rebus Asli Johor Tersedap

    Resipi Mee Rebus Asli Johor adalah antara hidangan yang cukup lazat dan popular dikalangan masyarakat Malaysia. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

    Penyediaan: 25 minit | Memasak: 35 minit   60 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang 

    Bahan-bahan A Mee Rebus Asli :

    Keledek putih 1-2 kilo direbus dan dikisar halus

    Udang kering 300 grm

    Bawang merah 4 ulas

    Bawang putih 3 ulas

    4 sudu besar serbuk Ketumbar

    2 sudu besar serbuk Jintan Manis

    1 sudu kecil serbuk kunyit

    Cili blender agak2 dalam 2 senduk

    Kulit kayu manis/bunga lawang/cengkih

    Gula/garam secukup rasa

    Air – agak2..kuahnya kena sedang2 pekatnya


    Bahan-bahan B:

    Mee kuning dicelur-jgn sampai lembik

    Cili hijau dihiris bulat2

    Daun bawang & daun sup dihiris utk ditabur

    Taugeh dicelur- jgn sampai layu

    Bawang goreng - buat sendiri lagi sedap..

    Tauhu digoreng dan dihiris nipis

    Telur Rebus


    Cara-cara memasak kuah Mee Rebus Asli Johor:

    1. Kisar halus keledek + air.

    2. Kisar halus udang kering + bawang merah + bawang putih.

    3. Tumis kulit kayu manis/cengkih/bunga lawang, masukkan udang kering yang dikisar + bawang tadi sampai garing.

    4. Masukkan semua serbuk jintan, kunyit & ketumbar sampai garing & wangi.

    5. Masukkan cili blender, sampai garing.

    6. Masukkan keledek tadi, kacau sampai sebati.

    7. Masukkan air.

    8. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa.

    Selamat mencuba Resepi Mee Rebus Asli Johor Tersedap.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad