• Resipi Ayam Golek Ala Kenny Rogers

    Ayam Golek Ala Kenny Rogers. Resepi ayam panggang ala-ala sajian di restoran Kenny Rogers yang nampak mahal dan sedap serta sihat, malahan ianya sangat mudah untuk disediakan dan senang dimasak tanpa susah payah. Bagi anda yang menyukai ayam bakar, eloklah mencuba sendiri di rumah dan cara untuk membuatnya sangat mudah selain cepat dan simple saja sajiannya.

    Ayam Golek
    Ayam Golek Ala Kenny Rogers

    Resepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers


    Bahan-Bahan:
    1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil

    Bahan-bahan untuk ayam golek:

    3 biji bawang besar
    4 biji bawang putih
    1 inci halia
    2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
    1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah)
    2 sudu besar madu
    1 ketul kiub ayam Knorr
    2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
    2 sudu besar herba campuran
    1 1/2 sudu teh garam halus
    Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
    Sekikit mentega


    Cara menyediakan Ayam Golek Ala Kenny Rogers:

    1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
    2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
    3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)
    4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
     

    Sos Lada Hitam.

    Bahan-Bahan:
    1 1/2 cawan stok ayam@daging - hana guna stok ayam (air + kiub ayam)
    1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
    4-5 sudu serbuk lada hitam
    c cm batang salery - dicincang
    1/2 biji bawang besar - dicincang
    2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
    1 sudu sos tiram
    1 sudu mentega/marjerin
    1/2 tin cendawan butang - dihiris
    2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
    garam dan gula - jika perlu

    Cara menyediakan Ayam Golek Ala Kenny Rogers:

    1. Panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
    2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
    3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

    Selamat mencuba Resepi Ayam Golek Ala Kenny Rogers

    Tiada ulasan

    Post Top Ad