Resepi Mee Rebus Hj Wahid Johor
Resepi Mee Rebus Hj Wahid Johor. Jika singgah di Johor kalau tak pekena Mee Rebus Hj Wahid memang ruginyaaaaa.... Bila dah rasa sekali pasti nak lagi.. hingga terbayang-bayang dalam mimpi tau!
Keunikkan Johor kerana makanan di sini sedap-sedap belaka. Salah satunya Mee rebus Hj Wahid memang cukup popular di bandar Johor Bahru. Kalau nak merasa anda boleh singah di medan selera Plaza Angsana.
Resepi Mee Rebus Hj Wahid Johor
Satu lagi kedainya di uruskan oleh anaknya terletak di Taman Rinting berdekatan Mydin baru tu.. tapi yang tu ita tak pasti ada lagi tak sebab dah lama ita tinggalkan Taman Rinting.. dah lama tak makan kat situ. Selain mee rebus, kalau kat kedai anaknya di Taman Rinting tu.. Nasi Ayam dia pun sedap! gi lah cuba..
Resepi Mee Rebus Johor
Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua
Cara Menyediakan Mee Rebus Hj Wahid
Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
Cara-cara untuk Kuah Mee Rebus Hj Wahid
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
Cara untuk menghidang Mee Rebus Hj Wahid
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.
Selamat mencuba Resepi Mee Rebus Hj Wahid Johor.
Tiada ulasan