• Resepi Kuih Bingka Pandan Sedap dan Mudah

    Kuih muih tradisional seperti Kuih Bingka Pandan ni memang ada ramai peminat. Namun tidak ramai yang berani nak cuba masak sendiri kerana rasa ia susah untuk dihasilkan. Nampaknya persepsi anda bakal berubah kerana resipi perkongsian saudari Siti Zubaidah ini memang mudah. Jadi bolehlah cuba nanti. Pasti puas hati.

    Kuih muih tradisional Resepi Kuih Bingka Pandan


    Resepi Kuih Bingka Pandan Sedap dan Mudah

    Kali ini admin ingin berkongsi Resepi Kuih Bingka Pandan. Kuih Bingka Pandan adalah kuih tradisional melayu, menggunakan pandan asli untuk menaikkan aroma.

    Bahan-bahan Kuih Bingka Pandan:

    - 400 gram tepung gandum

    - 100 gram tepung beras

    - 500 gram santan

    - 500 gram gula

    - 4 biji telur

    - 5 helai daun pandan

    - 1.5 liter air

    - 1/2 sudu teh garam

    - 25 gram pewarna hijau


    Cara Buat Kuih Bingka Pandan:

    1. Jadikan air pandan. Kisar daun pandan bersama air, tapis dan ketepikan.

    2. Adunkan bersama tepung gandum, tepung beras, santan dan gula sehingga sebati dan tak berketul.

    3. Campurkan dengan air pandan yang telah ditapis dan kacau lagi.

    4. Sediakan loyang, griskan dengan minyak masak. Panaskan seketika dalam oven.

    5. Apabila sudah panas, tapiskan adunan tadi terus ke dalam loyang dan bakar selama satu jam pada suhu 170 celsius nampak kerak di atasnya.

    *Dah agak sejuk [untuk elak kendur ditengah], barulah keluarkan dari oven, potong dan hidangkan.


    Kuih muih tradisional Resepi Kuih Bingka Pandan 2

    BAHAN-BAHAN:

    1 cawan gula

    1 cawan air kisaran pandan (boleh juga guna air + esen pandan)

    2 cawan tepung gandum

    1 1/4 cawan santan

    2 sudu makan mentega

    3 biji telur

    1/2 sudu teh garam

    Pewarna hijau secukupnya

    Bijan secukupnya


    CARA MEMASAK:

    Satukan semua bahan ( kecuali bijan) dan kisar @ pukul hingga sebati.

    Ambil loyang bersesuaian, masukkan 2 sudu makan minyak masak. Ratakan.

    Panaskan loyang dalam ketuhar. Bila minyak dah panas, masukkan bancuhan kuih tadi. Tabur bijan dipermukaannya ( jika suka).

    Bakar kuih bingka pada suhu 180C sehingga nampak keperangan, garing dan masak di dalamnya.

    Angkat dan sedia untuk dinikmati.

    Selamat mencuba Kuih muih tradisional Resepi Kuih Bingka Pandan Sedap dan Mudah.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad