• Resepi Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap

    Cara Paling Mudah Buat Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap. Kali ini gigih akak siapkan entri cara buat kek pisang yang moist dan sedap setelah sekian lama akk dok perhati je geng-geng masak kat facebook dan instagram tayang kek pisang depa yang sangat meletup! phew.Itu belum lagi yang buat jualan kek pisang.

    Resepi Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap

    Resepi Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap

    Mencari oleh-oleh untuk balik kampung atau dibawa ke luar negara? Atau mencari makanan untuk dibawa ke rumah mertua? Kek pisang kukus ialah paling tepat.

    Kek pisang kukus, kek lembut, moist dan lazat. Tidak dinafikan lagi ramai yang suka beli kek pisang kukus. Tidak kisahlah beli yang baru segar di kedai bakery atau yang pek plastik di kedai runcit. Kedua-dua jenis kek pisang ini mampu menarik hati.

    Kek Pisang Kukus Moist

    Bahan-bahan:
    2 cawan tepung naik sendiri
    1 sudu teh soda bikarbonat
    1 sudu teh baking powder
    1 sudu teh esen vanila
    4 biji telur
    3/4 cawan gula
    3/4 minyak masak
    4 biji pisang yang telah dilenyek

    Cara menyediakan Kek Pisang Kukus Moist:

    1) Ayakkan tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder
    2) Pukul telur dengan gula hingga kembang then masukkan minyak masak, gula, esen vanila dan pisang
    3) Kemudian masukkan tepung tadi. Kacau hingga sebati

    4) Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak supaya tidak melekat. 
    5} Kukus dalam 30-40 minit agak-agak bila cucuk dengan lidi atau pisau ianya tidak melekat maknanya dah masak.

    Resepi Kek Pisang Kukus Moist 2

    Bahan-bahan :
    2 cawan tepung gandum,
    1 sudu kecil baking powder,
    2 sudu kecil soda bikarbonat.
    Ayak semua bahan di atas.
    Bahan Blender :
    *Minyak masak,
    *1 cawan gula (kalau suka manis),
    *3 biji telur gred A,
    *1 sudu kecil esen vanilla,
    5-7 biji pisang emas masak ranum (dilenyek guna garfu, ini tips bagi kek nampak urat pisang).
    Blender bahan yang bertanda * sampai sebati.

    Cara-cara :
    Masukkan semua bahan kisar ke dalam tepung yang di ayak tadi, kacau-kacau guna senduk.
    Kemudian masukkan pisang yang dilenyek tadi. Kacau sampai sebati.
    Masukkan ke dalam yang telah disapu sedikit minyak.
    Kukus kek. Juga boleh dibakar pada suhu 160°C selama 45 minit ikut oven masing-masing.
    Siap.

    Selamat mencuba Resepi Kek Pisang Kukus Moist Yang Sedap.

    Tiada ulasan

    Post Top Ad