• Resepi Kuih Badak Berendam Sedap dan Mudah

    Kuih muih tradisional seperti Kuih Badak Berendam Sedap ni memang ada ramai peminat. Namun tidak ramai yang berani nak cuba masak sendiri kerana rasa ia susah untuk dihasilkan. Kuih badak berendam, atau juga dipanggil sebagai sopang di Negeri Sembilan, adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di Malaysia, terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.

    Resepi Kuih Badak Berendam Sedap dan Mudah


    Resepi Kuih Badak Berendam Sedap dan Mudah

     Kali ini admin berkongsi resepi masakan iaitu Resepi Kuih Badak Berendam. Kuih Badak Berendam sangat sesuai dimakan semasa minum petang. Selamat mencuba resepi masakan ini.. 


    Bahan-bahan Kuih Badak Berendam:

    Bahan inti:

    ½ biji kelapa l ambil putihnya 

    150gm gula pasir 

    1 keping gula enau@nise

    125ml cawan air 


    Bahan kuih: 

    400gm tepung pulut 

    125ml air kelapa 

    5 helai daun pandan 

    Dikisar dengan 100ml air 

    ½ sudu teh garam 


    Bahan santan:

    300ml santan pekat 

    1 sudu makan tepung pulut 

    Garam secukup rasa 

    Daun pisang sebagai pelapik 


    Cara buat Kuih Badak Berendam:

    1. INTI: Campurkan kesemua bahan inti di dalam periuk. 

    2. Kacau di atas api sederhana sehingga sebati dan sejukkan. Ketepikan. 

    3. KUIH BADAK: Bancuh tepung pulut bersama air kelapa, air daun pandan dan garam. 

    4. Bentukkan bulat-bulat sebesar bola pingpong. Masukkan inti di tengahnya. Susun di dalam loyang yang di lapik daun pisang. 

    5. Kuah santan dibancuh bersama tepung pulut dan garam secukup rasa. 

    6. Tuangkan ke atas kuih badak berendam yang disusun di dalam loyang tadi. 

    7. Kukus selama 20 minit. Angkat dan sedia dihidangkan.


    Resipi Kuih Badak Berendam 2

    Bahan-bahan inti:

    Kelapa parut muda

    Gula melaka

    Gula pasir

    Air

     

    Cara penyediaan:

    Masak gula melaka, gula pasir bersama air sehingga larut. Masukkan kelapa parut dan kacau atas api sehingga kering.


    Bahan kuah Kuih Badak Berendam:

    Santan kara (1 atau 2 cawan) 

    Air (1 cawan) - jika rasa terlalu pekat, boleh tambah air

    Tepung beras (3 sudu makan) - dibancuh dengan sedikit air

    Daun pandan (1 helai)

    Garam (secubit)

    Gula (sedikit) - jika suka

     

    Cara penyediaan:

    1. Masak santan, air, garam dan daun pandan sekejap.

    2. Masukkan tepung beras yang dibancuh tadi.

    3. Gula dan perasakan.

    4. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.


     Bahan-bahan doh:

    Tepung pulut (2 cawan) + tepung gandum (3 sudu makan)

    Perahan air daun pandan/pewarna hijau

    Garam (sedikit)


    Cara penyediaan:

    1. Campurkan garam dengan air pandan atau pewarna.

    2. Tuang sedikit demi sedikit dalam tepung sehingga menjadi doh. Setelah siap, boleh letak inti seperti membuat kuih onde-onde.

    3. Didihkan air masak juga seperti membuat kuih onde-onde. Setelah timbul, angkat dan toskan dan letakkan dalam kuah santan tadi.

    Kuih badak berendam enak jika dibuat sebagai kudapan petang. Selamat mencuba Resepi Kuih Badak Berendam Sedap dan Mudah

    Tiada ulasan

    Post Top Ad