Resepi Puding Jagung Kastard Sedap dan Mudah
Resepi Puding Jagung Kastard. Malam ini saya membuat Puding Kastard Jagung sahaja tanpa Buah buahan Koktail. Resepi ini saya ambil dari Dapur CT iaitu resepi Puding Kastard Jagung Berkoktail. Itu pun kerana saya hanya ingin menghabiskan baki jagung manis dalam tin yang telah dibuka dulu yang kebetulan cukup cukup untuk membuat puding ini.
Resepi Puding Jagung Kastard Sedap dan Mudah
Lagi pulak, puding ni dah ada jagung, jadi saya rasa tak perlu lagi letak buah buahan koktail. Nanti hilang rasa dan keenakan jagung manis.
1 cawan tepung kastad.
1 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak+air jadikan 4 1/2 cawan.
secubit garam.
1 cawan jagung dalam tin(jagung cream)
Cara Buat Puding Jagung Kastard:
1. Masukkan 4 1/2 cawan santan,gula dan jagung kedalam blender dan blend hingga hancur.2. Kemudian masukkan tepung kastad dan garam,gaul hingga sebati supaya tidak berketul-ketul.
3. Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang perlahan hingga adunan berkilat dan likat.(hendaklah selalu dikacau agar adunan tidak hangus)
4. Tuangkan dalam loyang dan biarkan ianya betul-betul sejuk baru dipotong:)
Selamat mencuba Resepi Puding Jagung Kastard Sedap dan Mudah.
Tiada ulasan