Resepi Ayam Masak Merah Berempah
Pada kali ini admin ingin berkongsi Resepi Ayam Masak Merah Berempah. Resipi Ayam Masak Merah adalah antara hidangan yang cukup lazat. Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia ialah ayam masak merah. Di sini kami kongsikan beberapa resepi ayam masak merah, anda boleh cuba yang mana satu mengikut citarasa dan kesesuaian anda.
Resepi Ayam Masak Merah Berempah
Selain rasa yang boleh dikatakan lebih kurang seperti yang kita makan di kenduri kahwin, resepi ayam masak merah ini juga sesuai digandingkan dengan nasi tomato. Sesuai juga untuk hidangan Hari Raya, sama seperti ayam masak kicap. Cubalah Resipi Ayam Masak Merah ini..Penyediaan: 15 minit | Memasak: 35 minit
50 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang
Ayam Masak Merah Berempah
Bahan-bahan A:
600gm ayam dipotong kecil
200gm badam dikisar
5 ulas bawang merah dimayang nipis3 ulas bawang putih dimayang nipis
2sm halia
2 biji bawang besar dipotong bulat
1/2 cawan kacang pis
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B:
1 kayu manis
2 kumtum bunga lawang
3 kumtum bunga cengkih
2 biji pelaga
Bahan C:
5 sudu makan rempah kurma
5 sudu makan cili sos
5 sudu makan tomato puri
2. Panaskan empat sudu makan minyak kemudian tumis bahan-bahan yang dimayang dan bahan B sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang diperap dan didihkan sehingga ayam empuk.
4. Kemudian masukkan kacang pis, badam dan bawang besar.
5. Kacau rata dan biarkan memdidih sehingga semua bahan sebati dan pekat.
6. Perasakan garam dan gula secukup rasa dan angkat.
600gm ayam dipotong kecil
200gm badam dikisar
5 ulas bawang merah dimayang nipis3 ulas bawang putih dimayang nipis
2sm halia
2 biji bawang besar dipotong bulat
1/2 cawan kacang pis
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan B:
1 kayu manis
2 kumtum bunga lawang
3 kumtum bunga cengkih
2 biji pelaga
Bahan C:
5 sudu makan rempah kurma
5 sudu makan cili sos
5 sudu makan tomato puri
Cara menyediakan Ayam Masak Merah:
1. Perap ayam bersama bahan C selama 30 minit dan ketepikan.2. Panaskan empat sudu makan minyak kemudian tumis bahan-bahan yang dimayang dan bahan B sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam yang diperap dan didihkan sehingga ayam empuk.
4. Kemudian masukkan kacang pis, badam dan bawang besar.
5. Kacau rata dan biarkan memdidih sehingga semua bahan sebati dan pekat.
6. Perasakan garam dan gula secukup rasa dan angkat.
Resepi Ayam Masak Merah 2
Bahan-bahan
1 ekor ayam
3 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai (diketuk)
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
Cara buat ayam masak merah
Potong kecil dan basuh bersih ayam. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit, goreng separuh masak.
Kisar bahan bertanda *.
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau. Masukkan serai dan tumis lagi.
Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing. Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
Masukkan sos cili dan tomato. Biar seketika dan kacau sekali sekala.
Perasakan dengan garam dan masukkan ayam tadi. Gaul sehingga masak.
Selamat mencuba Resepi Ayam Masak Merah Berempah.
Tiada ulasan