• Resepi Dim Sum Cara Mudah Disediakan

    Resepi Dim Sum Cara Mudah Disediakan. Dim Sum. Teringin masakan ala Cina? Jom kita cuba resepi daripada Leeya Leana. Resepi dimsum mudah dan wantan. Bagi yang suka masakan Cina, mesti dimsum ni salah satu favourite anda. 

    Ia sebenarnya merupakan sejenis kuih-muih yang berasaskan doh kenyal dan berintikan sayuran atau makanan laut. Biasanya kita boleh tengok dekat kedai ianya dikukus dalam bakul pengukus kecil tu. Bila buka, ada macam-macam jenislah dalam tu ; antaranya siew mai, dumpling, vege ball dan sebagainya.

    Resepi Dim Sum Cara Mudah Disediakan

    Resepi Dim Sum Cara Mudah Disediakan

    Dimsum mungkin sedikit asing untuk masyrakat Melayu,hal ini kerana ianya biasanya dikaitkan engan masyarakat Cina. Tetapi sebenarnya anda tidak perlu risau. Ianya sangat enak untuk dibuat.

    Dim Sum Cara Mudah 

    Bahan-bahan:

    Kulit-beberapa helaian kulit dumpling/wantan        (berbentuk bulat)

    150 gram udang, kupas, potong kecil bentuk dadu

    200 gram daging ayam, cincang

    1/2 batang daun bawang, cincang

    3 sudu makan water chesnut/bengkuang,

    cincang 1 biji telur

    2 sudu makan tepung maizena

    1 sudu makan air kunyit

    1/8 sudu teh serbuk kunyit

    1 sudu teh gula pasir

    1 1/2 sudu teh garam

    1 sudu makan kicap masin

    1 sudu teh minyak bijan

    1 sudu makan air

    1 sudu makan minyak


    Cara menyediakan Dim Sum:

    Isi:

    Campur semua bahan, gaul dengan tangan dalam gerakan satu arah sampai rata dan melekit selama 4 minit.

    Ambil sehelai kulit wantan, letakkan 2 sudu teh adunan isi di bahagian tengahnya, genggam dengan tangan dan ratakan permukaannya.

    Ulang cara 1 dan 2 hingga bahan habis.

    Panaskan air dalam panci kukus hingga mendidih.

    Masukkan siew may dalam kuali, kukus sehingga masak selama 15 minit dan angkat.

    Biasanya siew mai disajikan bersama-sama dengan sos cili.



    Resepi Dim Sum Cara 2

    Bahan Untuk Inti:

    3 keping dada ayam – cincang isi ayam

    1/2 batang lobak merah

    1 pokok daun bawang

    1 pokok daun sup

    1 sudu makan serbuk hilal

    1/2 biji bawang holland

    1 biji telur

    2 sudu makan tepung jagung

    1 sudu makan minyak masak – jika suka guna minyak bijan 1 sudu kecil


    Bahan Untuk Kulit Dim Sum:

    2 cawan tepung gandum

    1 cawan tepung ubi

    1 sudu kecil serbuk hilal

    1 cawan air

    Untuk sos pedas :

    1-2 sudu makan taucu

    1 biji cabai besar merah

    5 biji cili api

    1 sudu makan cili kisar

    1 ulas bawang putih

    3 sudu makan gula

    1 cawan air

    sedikit bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos


    Cara-Cara Dim Sum disediakan:

    1. Untuk buat inti; Satukan semua bahan, kisar halus ketepikan.

    2. Untuk buat kulit; Satukan bahan, masukkan air sedikit-sedikit sambil uli hingga jadi doh lembut. Gelek tepung nipis-nipis ambil acuan berbentuk bulat tekapkan buat hingga habis.

    3. Ambil sekeping letak inti lebih kurang satu sudu kecil, klim ikut kreativiti yang anda rasa mudah. Susun dalam kukus, pastikan air kukusan telah mendidih dan panas, kukus selama 10 ke 15 minit.

    4. Untuk buat sos pedas; Satukan semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung, tuang dalam periuk/kuali masak hingga mendidih, masukkan gula kacau dan rasa mesti ada manis-manis pedas baru sedap. Letak bancuhan tepung jagung kacau, siap sos pedas.

    Resepi Dim Sum Cara Mudah Disediakan

    Tiada ulasan

    Post Top Ad